Research Nexus

KUALA LUMPUR, 4 April – Program Iftar Masjid Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur 2025 tampil dengan kelainan apabila memperkenalkan inisiatif kelestarian alam melalui penghasilan baja kompos daripada sisa makanan. Program yang berlangsung sepanjang Ramadan, dari 2 hingga 30 Mac ini, bukan sahaja menyediakan juadah berbuka puasa kepada para jemaah, malah turut memupuk kesedaran mengenai […]

JOHOR BAHRU, 26 Mac – Pasukan UTM Prihatin di bawah kelolaan Pusat Islam UTM dan Bahagian Pengurusan Organisasi (BPO), Jabatan Pendaftar telah menggerakkan program Sukarelawan UTM PRIHATIN  bagi menyemarakkan bulan Ramadan dengan melaksanakan tugas pemberian sumbangan kepada golongan asnaf dan anak yatim di Kampung Sepakat Baru. Program tanggungjawab sosial universiti (USR) ini juga dilaksanakan susulan dari […]

JOHOR BAHRU, 25 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah mengambil langkah proaktif dalam menjaga kawasan hutan rekreasi yang terletak di dalam kawasan kampus demi kelestarian alam sekitar yang lebih mampan. Kawasan hutan tersebut bukan sahaja menjadi lokasi penyegaran minda kepada mahasiswa, tetapi juga berfungsi sebagai ekosistem penting yang menyokong pelbagai jenis flora dan fauna. […]

Lauk sejuk beku kini menjadi pilihan utama dalam kalangan masyarakat Malaysia kerana penyediaannya yang mudah serta keupayaan mengekalkan nutrien dan kandungan vitamin asal. Walaupun hampir semua jenis makanan boleh dibekukan, kualitinya selepas dinyahbekukan mungkin terjejas. Beberapa jenis makanan, seperti mayonis, sos berkrim, dan salad, tidak bertindak balas dengan baik terhadap proses pembekuan. Dalam hal ini, […]

Events

JOHOR BAHRU, 6 Mac – Prihoda Malaysia dengan kerjasama Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan perkongsian ilmu berkaitan Pengenalan Sistem Hawa Dingin menggunakan Fabric Ducting bertempat di Bilik Belajar 24 Jam, Aras 2, Perpustakaan Sultanah Zanariah, UTM. Program ini bertujuan memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan sistem fabric ducting, satu teknologi mampan dalam sistem pengudaraan […]

JOHOR BAHRU, 27 Feb – Haos Industries Sdn. Bhd meneruskan langkah strategik dalam memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju minuman industri tempatan dengan pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU) bersama Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Kerjasama ini mengukuhkan lagi komitmen Haos Industries untuk memperkasa ekosistem penyelidikan dan pembangunan (R&D) serta menggabungkan kecanggihan teknologi untuk bersaing di pasaran global, sekali gus menjadikan […]

PUTRAJAYA, 13 Feb – Satu langkah penting dalam memperkukuh akses kepada sumber penyelidikan akademik telah dimeterai hari ini melalui Majlis Pertukaran Memorandum Persefahaman (MoU) antara Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT). MoU ini menandakan komitmen universiti awam untuk memperluas akses kepada tesis dan disertasi secara terbuka, sekali gus menyokong perkembangan ilmu […]

Achievements

KUALA LUMPUR, 28 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mengumumkan pelantikan YBhg. Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang sebagai Profesor Adjung di Malaysia-Japan International Institute of Technology (MJIIT), UTM Kuala Lumpur, berkuat kuasa mulai 1 April 2025 hingga 31 Mac 2026. Pelantikan ini menandakan kepulangan semula Dato’ Seri Ir. Dr. Zaini Ujang ke UTM, institusi […]

JOHOR BAHRU, 14 Mac – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatat sejarah sebagai universiti pertama di Malaysia yang menerima pengiktirafan daripada Majlis Pendidikan Siswazah United Kingdom (UKCGE) bagi kecemerlangan dalam amalan penyeliaan penyelidikan. Pengiktirafan ini diberikan kepada enam orang ahli akademik UTM yang telah menunjukkan keunggulan dalam membimbing pelajar penyelidikan dan membentuk persekitaran akademik yang kondusif. Kerjasama […]

JOHOR BAHRU, 27 Feb – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencipta sejarah apabila lapan atlet bola jaringnya terpilih untuk menyertai tiga pasukan berbeza dalam Netball Super League (NSL) 2025, kejohanan bola jaring paling berprestij di Malaysia. Kejohanan ini berlangsung dari 1 hingga 23 Februari 2025 di Stadium Juara, Bukit Kiara, dan menjadi pentas persaingan utama bagi pemain […]