UTM buka peluang guru jalani program PhD di makmal sekolah
JOHOR BAHRU : Universiti Teknologi Malaysia (UTM) akan membuka peluang kepada 100 orang guru untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah doktor falsafah (PhD) tanpa perlu hadir ke universiti tersebut. Baca artikel
Dana Pembangunan Pengajaran (DPP)
Dana Pembangunan Pengajaran (DPP) adalah dana yang membiayai staf/kumpulan staf akademik melakukan aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang menyumbang kepada kreativiti dan inovasi, keberkesanan dan peningkatan kualiti proses P&P di UTM. Tempoh permohonan kini dibuka dari 19 Mac 2012 sehingga 20 April 2012. Dana ini boleh dipohon untuk menjalankan aktiviti secara individu atau berkumpulan. Jumlah maksimum […]
Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada YBhg Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai b Kassim sebagai TNC(P&I) & YBhg Prof. Dr. Rose Alinda bt Alias sebagai TNC(A&A).

Sukacita dimaklumkan bahawa YB Menteri Pengajian Tinggi telah bersetuju melantik Timbalan-Timbalan Naib Canselor UTM yang berikut selama 3 tahun berkuat kuasa pada 16 Jan 2012 hingga 15 Jan 2015: YBhg Prof. Ir. Dr. Mohd. Azraai bin Kassim sebagai TNC(P&I) YBhg Prof. Dr. Rose Alinda binti Alias sebagai TNC(A&A) Setinggi-tinggi ucapan tahniah diucapkan kepada kedua-dua […]
Prof. Dr. Rose Alinda dilantik TNC (A&A), Prof. Dr. Azraai TNC (P&I)

JOHOR BAHRU, 19 Januari : Dekan Sekolah Pengajian Siswazah (SPS) Profesor Dr. Rose Alinda Alias dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) berkuatkuasa mulai 15 Januari 2012. Beliau menggantikan Profesor Ir. Dr. Mohd. Azraai Kassim yang dilantik sebagai Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) juga berkuatkuasa pada 15 Januari 2012. Prof. Dr. Mohd Azraai […]
UTM sedia biasiswa Endowmen RM2.5 juta untuk 150 mahasiswa

JOHOR BAHRU, 8 Januari: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menyediakan biasiswa sebanyak RM 2.5 juta menerusi Tabung Endowmen kepada 150 mahasiswa cemerlang pada 2012.Naib Canselor, Profesor Datuk Ir. Dr. Zaini Ujang berkata, biasiswa berkenaan diberikan kepada mahasiswa ijazah pertama berjumlah RM12 ribu setahun. Menurutnya, biasiswa berkenaan diberikan setiap tahun sehingga mereka menamatkan pengajian dengan syarat berjaya […]
UTM miliki 10,888 mahasiswa lepas ijazah

JOHOR BAHRU: Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjadi antara pusat pengajian tinggi yang mempunyai bilangan mahasiswa lepas ijazah paling ramai di negara ini dengan jumlah 10,888 orang pada November lalu. Naib Canselor Profesor Datuk Dr Zaini Ujang berkata, mereka mewakili 46 peratus daripada jumlah keseluruhan mahasiswa yang sedang mengikuti pengajian di pelbagai peringkat di UTM. Menurutnya, […]
Acara berbasikal bersama NC sempena Green Generation Program

Semua warga kampus UTM Johor Bahru dijemput menyertai acara berbasikal sempena penganjuran Green Generation Program bersama Naib Canselor Profesor Dato’ Ir. Dr. Zaini Ujang pada 21 Disember 2011, jam 5.15 petang bertempat di Padang Kawad. Jarak kayuhan 5.4 kilometer di sekitar kawasan kampus. Penglibatan dan sumbangan pihak saudara dalam menjayakan acara ini amat dihargai dan didahului […]
Prof. Fauzi terima Anugerah Inovasi Negara 2011

Profesor Dr Ahmad Fauzi Ismail dinobatkan sebagai penerima Anugerah Inovasi Negara 2011 Kategori Produk sempena Persidangan dan Pameran Inovasi Kebangsaan (NICE) 2001 pada 15 dan 16 November lalu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC), Kuala Lumpur. Beliau menerima hadiah wang tunai RM50 ribu. Anugerah Inovasi Negara diadakan bertujuan mengiktiraf usaha inovasi dan kreativiti yang menjana […]
Kerusi roda hidrogen ke Eropah
JOHOR BAHRU 16 Nov. – Syarikat pengedar teknologi sel bahan api, Horizon FC Malaysia Sdn. Bhd. (Horizon Malaysia), bakal memasarkan kerusi roda berkuasa hidrogen buatan tempatan di beberapa negara Eropah tahun depan. Pengarahnya, Joseph Koh I Shen berkata, kerusi roda berkuasa hidrogen yang pertama seumpamanya dibangunkan di negara ini sudah pun mendapat permintaan dari negara-negara […]
Naib Canselor terima anugerah penghargaan Iskandar Malaysia

JOHOR BAHRU, 14 November: Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang menerima anugerah dari Iskandar Malaysia sebagai menghargai dan mengiktiraf sumbangan beliau dalam membantu perkembangan koridor di wilayah selatan semenanjung. Anugerah tersebut disampaikan kepada lebih 20 individu dalam majlis khas yang diadakan sebuah hotel terkemuka di sini sempena lima tahun penubuhan Iskandar Malaysia. […]
Naib Canselor terima watikah Pegawai Kehormat Jabatan Pertahanan Awam

SEREMBAN, 12 November: Naib Canselor Profesor Dato’ Ir Dr Zaini Ujang menerima watikah Pegawai Kehormat Jabatan Pertahanan Awam yang disampaikan oleh Menteri Dalam Negeri Dato’ Seri Hishamuddin Tun Hussein di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), hari ini. Tiga lagi staf UTM Azmi Mohd Arshad dan Mohd Fauzi Haji Hamid merupakan pensyarah Kanan UTM serta Roslai […]
