Seramai 26 penuntut Universiti Teknologi Malaysia (UTM) menjayakan program ‘UTM EduCare Camp 2013’ di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Alauddin, di sini. Program anjuran Fakulti Pendidikan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) itu bertujuan memberi pendedahan kepada pelajar yang mengambil kursus Sosiologi dan Profesionalisme Pendidikan di bawah jurusan Sarjan Muda Teknologi serta Pendidikan (Kejuruteraan Mekanikal).