October 7, 2025

UTM-STRIDE dan G7 Aerospace kukuh kerjasama melalui Kursus Teknologi Enjin Elektrik UAS

KAJANG, 6 Ogos – Sekumpulan penyelidik dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Aerolab bersama G7 Aerospace Sdn. Bhd. berkongsi ilmu dan kepakaran menerusi Kursus Teknologi Enjin Elektrik untuk Pembangunan Sistem Udara Tanpa Pemandu (UAS) di bawah kelolaan Bahagian Teknologi Aeroangkasa, Institut Penyelidikan Sains & Teknologi Pertahanan (STRIDE) Kementerian Pertahanan Malaysia (MINDEF) baru-baru ini. .

Kursus yang berlangsung dalam dua sesi berasingan, iaitu pada  28-31 Julai dan 5-6 Ogos 2025 menampilkan lima ahli Kumpulan penyelidik UTM Aerolab yang diketuai oleh Dr. Mastura Ab Wahid bersama Ir. Ts. Dr. Norazila Othman, Ir. Dr.-ing Mohd Nazri Mohd Nasir, Dr. Muhammad Faruq Foong Mohamad Faiz Foong dan Dr. Mohd Badrul Salleh sebagai pembimbing utama dalam berkongsi ilmu dan penemuan penyelidikan kepada staf dan pegawai STRIDE.

Sesi pertama kursus pada 28-29 Julai telah dilaksanakan oleh Dr. Muhammad Faruq Foong yang menekankan teori seperti pengenalan kepada kepentingan UAS menggunakan elektrik bateri dan komponen penting dalam sistem ini.

Kursus ini bukan sahaja menekankan teori tetapi juga praktikal yang dapat digunakan semasa pembangunan UAS. Pihak G7 Aerospace juga menyumbang dalam menjalankan demonstrasi UAS kepada staf dan pegawai yang terdiri seramai 15 orang. Kursus ini telah berlangsung selama 10 hari merangkumi topik spesifik yang kepada teknologi enjin elektrik bagi UAS.

Sesi kedua kursus pada 30 Julai telah dilaksanakan oleh Dr. Mohd Badrul Salleh yang menekankan teori seperti pengurusan haba terhadap bateri yang digunakan dalam sistem UAS dan bagaimana memastikan sistem disejukkan
Sesi ketiga kursus pada 31 Julai telah dilaksanakan oleh Ir. Dr. Mohd Nazri Mohd Nasir yang menekankan betapa pentingnya ilmu pemilihan motor elektrik di dalam sistem UAS bagi memastikan payload dan endurance bagi sesebuah UAS dapat beroperasi lama di udara

Kursus yang dibangunkan ini adalah lanjutan daripada kolaborasi yang telah lama dijalinkan bersama STRIDE dan G7 Aerospace sebelum ini. Bagi tujuan ini, Dr. Mastura Ab Wahid telah berkongsi ilmu bagaimana untuk membuat ujikaji mudah bagi mendapatkan keseimbangan antara motor dan kipas UAS yang terbaik. Beliau telah menjelaskan secara terperinci menggunakan thrust stand dan prosedur rig uji kaji dipasang dan digunakan.

Secara umum teori penggunakan motor, kipas dan kesesuaian komponen ini telah diterangkan oleh Ir. Dr. Norazila Othman. Gandingan kedua-duanya telah memberi ilmu yang sangat bermanfaat kepada pihak STRIDE dalam pengujian motor dan kipas UAS selepas ini.

Sesi keempat kursus pada 5 dan 6 Ogos telah dilaksanakan oleh Ir. Dr. Norazila Othman dan Dr. Mastura Ab Wahid yang menekankan teori saiz motor, kipas dan keserasian motor dan kipas bagi memastikan UAS boleh digunakan dengan lebih baik.
Dr. Mastura (kanan) sedang membuat penjelasan terhadap penggunaan thrust stand

.

Explore More