October 4, 2025

Kerjasama FABU-Grab anjur Geostars kali ke-5

JOHOR BAHRU, 17 Jun – Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) bersama GrabMalaysia telah berjaya melaksanakan program Geostars 2025 yang berlangsung selama empat minggu dari 20 Mei hingga 17 Jun 2025. Program Geostars 2025 ini merupakan program kali ke-5 bagi libat sama industri Grab dan UTM, setelah program seumpamanya berjaya dilaksanakan pada tahun 2019 (dua siri), 2020 dan 2022.

Matlamat program ini adalah untuk memupuk perkongsian ilmu dan pengetahuan, membina sokongan komuniti, melahirkan lebih banyak pelajar yang mahir dalam bidang pemetaan menggunakan perisian Sistem Informasi Geografi (GIS) dan OpenStreetMap (OSM). OSM merupakan satu platform pemetaan komuniti yang boleh diakses secara percuma yang telah dibangunkan secara kolaboratif oleh sukarelawan dari seluruh dunia.

Pelajar membentangkan hasil kajian yang telah dibuat dalam memetakan Kolej Rahman Putra

Dalam program Grab Geostars 2025 tahun ini, aktiviti dijalankan secara empat minggu. Pada minggu pertama, pelajar-pelajar ditugaskan untuk membuat pengumpulan data di satu kawasan yang telah ditetapkan di sekitar UTM menggunakan perisian AVENZA Maps.

Pelajar membentang hasil akhir kumpulan

Seterusnya, pada minggu kedua, latihan menggunakan perisian QGIS diberikan oleh pihak Grab. Data-data yang dikumpul dipetakan menggunakan QGIS. Pada minggu ketiga pelajar diberi latihan memetakan kawasan menggunakan OpenStreetMap oleh fasilitator OSM terlatih.

Pelajar membentangkan proses kerja yang telah dilakukan sepanjang program

Pelajar diberi tugasan memetakankawasan Sijangkang Selangor. Hasil setiap pelajar dinilai oleh pelatih OSM terlatih bagi melayakkan pelajar menerima sijil kompetensi OpenStreetmap. Di akhir program, pada minggu keempat, pelajar-pelajar membentangkan hasil pemetaan mereka di mana hasil pemetaan terbaik mendapat perngiktarafan daripada pihak Grab Malaysia. Kumpulan yang terbaik diumumkan pada hari penutup di Pejabat Grab Malaysia di Petaling Jaya Selangor. Penilaian dibuat hasil daripada pembentangan yang dibuat dan dinilai sendiri oleh panel daripada Grab Malaysia.

Antara kumpulan yang berjaya membentangkan hasil projek dan dipilih oleh Grab sebagai juara bagi kategori pemetaan menggunakan Avenza

Di sepanjang program ini berlangsung, para pelajar dari pelbagai bidang bukan sahaja mempelajari tentang kaedah pemetaan menggunakan beberapa perisian tetapi pelajarr juga diberi sijil kompentasi jika berjaya menghasilkan data geospatial yang berkualiti. Di samping itu, secara tidak langsung pelajar yang terlibat  dapat memupuk kemahiran bekerja kumpulan dan berkomunikasi yang baik semasa pembentangan akhir di hadapan panel industri. Hasil kerja pelajar turut menyumbang kepada melengkapkan peta dalam aplikasi Grab bagi kawasan kampus UTM Johor Bahru.

Apa yang lebih menarik, program ini juga turut melibatkan penglibatan  daripada alumni Program Sarjana Muda Sains Geoinformatik yang kini telah berjaya menjadi geospatialis  di Grab Malaysia.

Bergambar bersama barisan penganjur daripada kakitangan Grab Malaysia

 

Oleh: Nurul Hawani Idris dan Suzanna Norazmy, Fakulti Alam Bina dan Ukur UTM

Explore More