February 19, 2026

Inisiatif Sudut Bacaan Akademi Zakat UTMKL dan Pusat Pungutan Zakat-MAIWP

📝 Ringkasan

Majlis Perasmian AZKA Corner@UTMKL telah disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif PPZ-MAIWP. Tujuan utama penubuhan AZKA Corner@UTMKL adalah untuk menyebar luas ilmu melalui buku, kajian dan penerbitan berkaitan zakat kepada pelajar, staf serta komuniti.

Pada 18 Ogos 2020 (Selasa), bertempat di Perpustakaan Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur, telah diadakan satu Majlis Perasmian AZKA Corner@UTMKL yang disempurnakan oleh Tuan Haji Ahmad Shukri Yusoff, Ketua Pegawai Eksekutif Pusat Pungutan Zakat – Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (PPZ-MAIWP).

Perpustakaan UTM Kuala Lumpur merupakan organisasi kedua yang terpilih bagi menempatkan koleksi bahan bacaan dan terbitan Akademi Zakat (AZKA), PPZ-MAIWP.

Tujuan utama penubuhan AZKA Corner@UTMKL adalah untuk menyebar luas ilmu melalui buku, kajian dan penerbitan berkaitan zakat kepada pelajar, staf serta komuniti. Kewujudan sudut ini merupakan satu inisiatif Akademi Zakat dan PPZ-MAIWP untuk memaklumkan dan memanjangkan dakwah zakat kepada masyarakat.

Ruang ini dibina bukan sekadar sebagai sudut bacaan semata-mata malahan merupakan satu usaha penjenamaan yang akan memberi kesedaran kepada masyarakat untuk menanam konsep zakat di dalam hati.

Penubuhan AZKA Corner@UTMKL ini telah mendapat penajaan penuh daripada pihak PPZ-MAIWP. Jumlah bahan bacaan yang telah diterima daripada pihak PPZ-MAIWP adalah sebanyak 37 judul dan 154 naskhah serta akan bertambah dari semasa ke semasa.

Sinergi bersama PPZ-MAIWP ini akan diteruskan dengan sesi Knowledge Sharing dan Book Sharing bersama panel jemputan. Cadangan program kerjasama tersebut diadakan adalah pada bulan Disember 2020.

Explore More

UTM Open Day