📝 Ringkasan
Program High Performance Delivery – Integrity, Synergy, Excellence, Sustainabilty dan Sprituality (HPD-ISESS) yang bersiri anjuran Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah dilaksanakan secara strategik bagi menyemarakkan Nilai Teras UTM dikalangan staf.
Setakat ini, sesi program HPD-ISESI ini telah berjaya dilaksanakan sepenuhnya sebanyak sepuluh (10) siri di mana siri untuk setiap kelima-lima Nilai Teras UTM tersebut akan diadakan dua (2) kali dan pengisiannya akan diberikan oleh dua (2) penceramah dari pakar bidang yang berbeza bagi mendapatkan pelbagai sudut perspektif untuk kefahaman yang lebih mendalam dikalangan peserta.
Berdasarkan maklum balas yang diterima melalui soal selidik yang dijalankan, pendekatan pelaksanaan program HPD-ISESS ini telah dapat diterima baik oleh ramai pihak iaitu bukan sahaja staf FSSH tetapi juga staf dari Pusat Tanggungjawab Jabatan (PTJ) lain yang sama-sama mengikutinya melalui Webinar atau siaran langsung Facebook yang telah disediakan oleh penganjur. Setiap maklum balas khususnya untuk penambahbaikan kepada program ini akan diteliti dan ditambah baik pada siri-siri yang akan datang.
Ternyata perancangan dan pelaksanaan Program HPD-ISESS yang telah diatur dengan teliti ini berjaya membantu untuk menyemarakkan pengetahuan dan kefahaman staf FSSH serta staf PTJ yang lain mengenai pengertian sebenar Nilai Teras UTM yang seharusnya menjadi amalan dan DNA mereka dalam melaksanakan tugasan harian sebagai warga UTM Sanjungan Bangsa. Semoga semua staf FSSH dapat bersama-sama menghayati dan mengamalkan kelima-lima Nilai Teras UTM- Integrity, Synergy, Excellence, Sustainabilty dan Sprituality sepanjang masa.
Artikel oleh :
Khairull Azmi bin Ishak
Timbalan Pendaftar
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH)
8hb Ogos 2020