Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 6 Disember 2013 – UTM-MPRC Institute for Oil and Gas telah terpilih untuk meraih Anugerah Industri Tenaga bagi Sektor Kecemerlangan Intitusi Latihan buat kali kedua berturut-turut bagi memperakui, menghargai dan memperakukan bahawa institut ini adalah merupakan satu-satunya penyumbang utama bagi latihan profesional di bidang gas.

Prof Mohd Azraai menerima hadiah dari Datuk Sri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.
Prof Mohd Azraai menerima hadiah dari Datuk Sri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Innovasi) Prof. Ir. Dr. Azraai Kassim mewakil UTM menerima hadiah yang disampaikan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Sri Panglima Dr. Maximus Johnity Ongkili di JW Marriot Putrajaya, pada 21 November 2013.

Turut hadir turut hadir Dekan Fakulti Kejuruteraan Petroleum & Kejuruteraan Tenaga Diperbahrui (FPREE), Prof. Madya Engr. Dr. Rahmat Mohsin, Pengarah UTM-MPRC Institute for Oil and Gas, Prof. Madya Dr. Noor Shawal Nasri dan Timbalan Pengarah UTM-MPRC Institute for Oil and Gas, Tn. Hj. Zulkifli Abd. Majid.

Pengerusi Suruhanjaya Tenaga, Tan Sri Tajuddin Ali,  Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Tenaga, Datuk Ahmad Fauzi Hassan, Presiden dan Ketua Pegawi Eksekutif Tenaga Nasional Berhad, Dato Sri Che Khalib Mohamad Noh, pegawai-pegawai kanan agensi kerajaan, badan-badan berkanan dan pihak swasta  turut menghadiri majlis tersebut.

Majlis Anugerah Industri Tenaga 2013 yang dianjurkan bersama oleh Suruhanjaya Tenaga (ST) dan Kemeterian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air (KeTTHA) bagi menghargai sumbangan cemerlang institusi dan individu yang terlibat di sektor industri tenaga di dalam pembangunan industri tersebut di Malaysia sehingga ke hari ini.

Kategori yang dipertandingkan ialah Intitusi Latihan, Kontraktor, Kecekapan Tenaga, Teknologi Hijau dan Tokoh Industri Tenaga Malaysia yang disertai oleh pebagai lapisan sektor awam dan pihak swasta yang terlibat secara terus di dalam aktiviti tenaga khususnya gas, elektrik dan air di Malaysia.

Manakala hadiah Kecemerlangan Tokoh Industri Tenaga telah dianugerahkan kepada dua orang tokoh pemimpin ulung negara iaitu Mantan Menteri Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Dato’ Sri Peter Chan Fah kui dan Mendiang Tun Lim Keng Yaik bagi menghargai jasa dan sumbangan berterusan mereka di dalam industri tenaga.

 

 

Explore More