Search
Close this search box.
Barisan penyelidik UTM yang menyertai ITEX 2013 bersama hadiah masing-masing.

JOHOR BAHRU, 13 Mei 2013: – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus mencatat kejayaan besar besar pada tahun ini apabila memenangi 26 pingat emas dan 12 perak di Pameran Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2013 di Kuala Lumpur yang berakhir Sabtu lalu.

Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC), Profesor Dr Ruzairi Abdul Rahim berkata, sebanyak 39 produk yang yang dihasilkan oleh 27 orang penyelidik UTM dipertandingkan di pameran tahunan kali ke 24 yang diadakan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) selama tiga hari mulai 9 Mei lalu.

Antara pemenang pingat pingat emas ialah Prof. Madya Dr Mohd Azizi Che Yunus dari Fakulti Kejuruteraan Kimia yang menghasilkan minyak kelapa dara yang lebih baik berbanding minyak kelapa dara yang berada di pasaran.

Minyak kelapa dara yang beliau hasilkan mengandungi MCT (Medium Chain Triglceride – Triglicerida Rantaian Sederhana) yang lebih tinggi dan terbukti secara saintifik sesuai untuk penjagaan kulit, pengurusan berat badan dan meningkatkan metabolisma dalam badan.

Dr Harisun Ya’Akub dari Institut Pembangunan Bioproduk memenanghi pingat emas menerusi produk yogurt yang dihasilkan daripada santan kelapa. Produk ini merupakan yang pertama dihasilkan di negara ini.

Selain itu, Dr Siti Hamidah Mohd Setapar dari Fakulti Kejuruteraan Kimia memenangi pingat emas melalui pelembab bibir pertama dihasilkan di negara ini dengan warna semula jadi dan Omega 3 menggunakan Roselle, mulberry dan biji getah.

Kejayaan ini membuktikan hasil penyelidikan UTM telah diterima dan diiktiraf serta dalam masa yang sama mampu pergi lebih jauh, terutama  bagi memasuki peringkat pengkomersilan pada masa akan datang.

Kejayaan ini diharap dapat mendorong warga penyelidik UTM untuk berusaha lebih gigih bagi mencapai kegemilangan pada masa hadapan dalam menghasilkan penyelidikan dan inovasi yang bermutu tinggi.

Produk penyelidikan berkenaan diharap dapat dimanafaatkan oleh masyarakat sejagat seterusnya menyumbang kepada penjanaan ekonomi negara melalui  proses pengkomersialan.

Lebih 900 rekacipta dan inovasi oleh peserta antarabangsa serta tempatan telah dipertandingkan dalam ITEX kali ini yang melibatkan penyelidik dari lebih 20  negara dan lebih 20 institusi pengajian tinggi awam dan swasta mengambil bahagian.

Antara Negara yang mengambil bahagian dalam ITEX kali ialah Romania, Macau,  Amerika Syarikat, Japan, Belarus, Canada, China, United Arab Emirates, Hong Kong, Indonesia, Korea, Malaysia, Philippines, Poland, Russia, Saudi Arabia, Singapore, Taiwan, Thailand, and Vietnam.

 

Senarai pemenang adalah seperti berikut;

PINGAT EMAS   

Microfluidic Cloth-Based Electrochemical Device
Dr. Emma Paola Corcoles Perpinan
FBME

Optimization of Ingredient and Processing Levels for The Production of Coconut Yogurt Using Response Surface Methodology
Dr. Harisun Ya’Akob
IBD

A New Discovery of Cosmeceutical Ingredient : Alpha-MAGs
Dr. Mariani Abdul Hamid
IBD

CLEAR Virgin Coconut Oil
Assoc. Prof. Dr. Mohd Azizi Che Yunus
FKK

Standardized Extracts of Misai Kucing Leaves With Concentrated Sinensetin
Assoc. Prof. Dr. Mohd Azizi Che Yunus
FKK

Lip Moist With Natural Colorant & Omega-3
Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar
FKK

Sustainable Bio-Organic Animal Feed (Sustainable B.O.A.F)
Dr. Siti Hamidah Mohd Setapar
FKK

Renewable Levulinic Acid Using a New Hybrid Catalyst
Prof. Dr. Nor Aishah Saidina Amin

Metal Pipe Ultrasonic Tomography System (FEUT)
Dr. Herlina Abdul Rahim
FKE

Transparent Dual-Band Antenna for Green Building Application
Assoc. Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim
FKE

Dual-Band Stacked Circularly Polarized Antenna With Bandwidth Enhancement
Assoc. Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim
FKE

Design of Biomechatronic Artificial Arm for Telemedicine Application
Dr. Johan Mohamad Sharif
FK

KiHECT – Kinect Hand-Eye Coordination Trainer
Assoc. Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar
FK

Ummatic Personality Inventory (UPI)
Dr. Nooraini Othman
PS

Learning 2D-Animation Apps
Assoc. Prof. Dr. Zaidatun Tasir
FP

Intelligent Pnuematic Actuator (IPA) System and Its Application on Chair Seat Panel
Dr. Ahmad ‘Athif Mohd Faudzi

Membrane Protected Al-MCM-41 Micro-Solid Phase Extraction for PAHs Analysis
Prof. Dr. Mohd Marsin Sanagi
FS

Mesoporous Carbon COU-2 Dispersive Solid Phase Extraction for Pharmaceutical Analysis
Prof. Dr. Mohd Marsin Sanagi
FS

TM4: Mixed Matrix Membrane Microextraction System for Drugs Analysis
Prof. Dr. Mohd Marsin Sanagi
FS

Dual Antibax: Organo-Metal-Clay as Antibacterial Agents
Dr. Nik Ahmad Nizam Nik Malek
FBME

Novel Method for Alloying Aluminum
Prof. Dr. Noriah Bidin
FS

Biokerosene by Microwave Induced and Catalytic Cracking of Palm Oil.
Prof. Dr. Abd. Rahim Yacob
FS

Automated Real Estate Assessment and Management System
Assoc. Prof. Dr. Buang Alias
FGHT

Optimal Power – Software for Optimal Design of Hybrid Power Systems
Assoc. Prof. Dr. Sharifah Rafidah Wan Alwi
FKK

Eco-Friendly Burner Insert For Greener Combustion (ECO-BIG)
Prof. Dr. Mohammad Nazri Mohd Jaafar
FKM

Green Multiple Inlet Reduce Emission System (GREEN-MIRES)
Prof. Dr. Mohammad Nazri Mohd Jaafar
FKM

PINGAT PERAK
New Prognostic Index to Detect The Severity of Asthma Automatically
Dr. Malarvili Bala Krishnan
FBME

Mobile Pluviator
Prof. Dr. Khairul Anuar Kassim
FKA

Wireless Power Transfer Utilizing Resonator
Prof. Ir. Dr. Abdul Halim Mohamed Yatim
FKE

Rotating Electric Field Mill (REFM) Sensor Network
Dr. Muhammad Abu Bakar Sidik
FKE

Wifi Based Wireless Sensor Network
Dr. Sharifah Hafizah Syed Ariffin
FKE

Multilayer 3DB UWB Coupler for Butler Matrix Applications
Assoc. Prof. Ir. Dr. Sharul Kamal Abdul Rahim
FKE

ReTORA – (Real-Time Outdoor Rendering Application)
Assoc. Prof. Dr. Mohd Shahrizal Sunar
FK

My Mobile Dietary & Fitness Monitoring Application
Dr. Noorminshah A. Iahad
FK

Real-time Hand Gestures System for Mobile Robots Control
Dr. Ahmad ‘Athif Mohd Faudzi
FKE

Sildenafil Analogues Mobile Test Kit
Prof. Dr. Abd. Rahim Yacob
FS

Kitchen Waste Treatment Using Immobilized Lipase In PVA-Alginate-Sulfate Matrix.
Dr. Nor Azimah Mohd Zain
FBME

Bioethanol Production Using PVA-Alginate-Sulfate Beads Immobilized S.cerevisiae var. ellipsoideus
Dr. Nor Azimah Mohd Zain
FBME

Explore More