Search
Close this search box.
Hajah Noe’ Aini (dua dari kiri) dan Prof. Dr. Marzuki menunjukkan sijil Malaysia Book of Record untuk lukisan menggunakan bekas telur terpakai terbesar di Malaysia.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

JOHOR BAHRU, Buat pertama kalinya Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dipilih sebagai lokasi pelancaran kempen Green Generation 2011 yang diadakan di Dewan Sultan Iskandar (DSI), 22 Disember lalu.

Kempen yang yang pertama seumpamanya diadakan Malaysia dianjurkan oleh Research Alliance Sustainability dan Greenvo PES, sebuah syarikat pengurusan acara berkaitan teknologi hijau.

Kempen Green Generation bertujuan menjadikan mahasiswa sebagai sasaran utama dalam agenda hijau kerana mereka adalah pewaris kepimpinan masa hadapan dan lebih peka terhadap keperluan dunia pada masa kini serta berkemampuan membudayakan unsur-unsur hijau dalam kehidupan.

Acara ini juga tidak ketinggalan dalam meletakkan konsep keusahawanan hijau dengan harapan lebih ramai mahasiswa boleh melibatkan diri dalam industri berkenaan yang dijangka akan berkembang di masa hadapan.

Perasmian program itu telah dilakukan oleh  Timbalan Ketua Setiausaha, Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Hajah Nor’ Aini Abdul Wahab yang turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor Penyelidikan dan Inovasi, Datuk Prof. Dr. Marzuki Khalid dan Dekan Research Alliance Sustainability Prof. Dr. Rahmalan Ahmad.

Di majlis tersebut Hajah Nor’ Aini melengkapkan lukisan yang dibuat menggunakan 4,000 bekas telur terpakai berukuran 60 meter panjang dan enam meter lebar yang diiktiraf oleh Malaysia Book of Record sebagai yang terbesar di negara ini.

 

 

 

 

 

 

 

Explore More