Julai 8, 2024

Search
Close this search box.

Dua pasukan UTM wakili Malaysia ke Regional MonoonSIM ERP Competition 2017 di Bangkok

Dua pasukan dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Kenchang dan Budak Getah akan mewakili Malaysia ke pertandingan “Regional MonoonSIM ERP Competition 2017” di Bangkok pada 6 hingga 8 Oktober 2017 di Kasetsart University Bangkok, Thailand.

Dekan Fakulti Kejuruteraan Mekanikal Prof Dr Mohd Hasbullah Idris bersama pemenang.

Pasukan Kenchang dan Budak Getah yang diwakili oleh mahasiswa dari Fakulti Kejuruteraan Mekanikal (FKM) muncul juara dalam pertandingan simulasi perniagaan MonsoonSIM ERP Competition 2017  di Bukit Jalil pada 19 Ogos lalu.

Pasukan Kenchang membawa pulang hadiah wang tunai RM3000, piala dan medal manakala Budak Getah memenangi hadiah wang tunai RM2000, piala dan medal. Tidak ketinggalan pasukan Innohalia dari Fakulti Pengurusan menduduki tempat keempat dan memenangi hadiah wang tunai RM300.

Ketiga-tiga pasukan itu telah dilatih oleh pensyarah Fakulti Pengurusan untuk menggunakan perisian simulasi perniagaan MonsoonSIM.

Sebanyak 21 pasukan mengambil bahagian dalam pertandingan tersebut yang diadakan dalam tiga kumpulan.

Ketiga-tiga pasukan UTM telah berjaya ke peringkat akhir bersama dengan enam pasukan lain.

Di peringkat akhir pasukan Kenchang  muncul juara diikuti oleh pasukan Budak Getah. Manakala tempat ketiga ialah pasukan Javaman dari Univeriti Tunku Abdul Rahman (UTAR)

Pasukan Kenchang dan Budak Getah juga layak menerima penajaan tiket penerbangan (RM500 seorang) berserta penginapan 2 malam di Bangkok. Tajaan ini disediakan oleh syarikat Knowledgecom (http://www.eknowledge.com.my).

Explore More