April 29, 2024

Search
Close this search box.

“Angkat agenda Menginovasi Penyelesaian demi capai kecemerlangan kesarjanaan” – Naib Canselor UTM

KUALA LUMPUR, 24 Mei – “Apakah yang membezakan pelajar, graduan dan staf Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan universiti lain di Malaysia? Di UTM, kita menyelesaikan masalah. We solve problems and we seek for innovative solutions,” jelas Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail dalam mukadimah ucapan beliau sempena Majlis Bersama Naib Canselor (MBNC) Mei 2023.

“UTM memperoleh kepercayaan tinggi daripada pelbagai pemegang taruh bagi Menginovasi Penyelesaian, terutama menerusi wadah akademik dan penyelidikan. UTM is a research intensive university. Jagalah maruah dan reputasi UTM.

Suasana MBNC di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur.

“Antara contoh kepercayaan tinggi (trust) yang diletakkan kepada UTM ialah kepercayaan tinggi industri menerusi tempat pertama kebolehpasaran graduan 2021, mengetuai Misi Antarabangsa dan Agenda Pemesatan Bidang TVET oleh Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), mempergiat Agenda Perubahan Iklim, Kesihatan Awam dan Keterjaminan Makanan menerusi OCIS-UTM Science Rountable dan lawatan kunjungan hormat 14 orang Duta Kesatuan Eropah (EU) ke UTM, jelas beliau.

“Tahniah juga diucapkan kepada Fakulti Kejuruteraan Awam (FKA) dan Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) atas pencapaian mengekalkan kedudukan tempat pertama di Malaysia. Namun, sekali lagi saya jelaskan, ranking is not everything, it is just an  indicator. Indikator yang membolehkan kita mengenalpasti kekuatan dan kelemahan untuk diperbaiki dari semasa ke semasa.

Naib Canselor juga turut membentangkan kepada semua warga Universiti berkenaan dengan pencapaian Pelan Tindakan Strategi enVision UTM 2023  bagi suku tahun pertama dan menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua warga Universiti yang telah memberikan komitmen dalam pencapaian sepanjang tiga bulan ini.

Beliau berkata, “Daripada aspek pencapaian mahasiswa, UTM terus cemerlang dengan menggondol lima Anugerah Tokoh Siswa 2022 (ATS 2022), di samping pemerkasaan suara demokrasi mahasiswa menerusi penganjuran Parlimen Mahasiswa.

“Sementara itu, lawatan YB Menteri KPT ke UTM telah mencetuskan hasrat dalam menggiatkan lagi kerjasama khusus dalam Advanced TVET. UTM juga bersandar kepada kepada penanda aras kecemerlangan berdasarkan acuan sendiri, iaitu UTM sebagai Universiti Ulung Kejuruteraan.

Lintas langsung MBNC dari Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.
Suasana MBNC di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru.

“Di samping itu, kunjungan hormat UTM bertemu YAB Menteri Besar Johor menggariskan hasrat UTM untuk bersama Kerajaan Negeri Johor dalam membantu meningkatkan sosioekonomi negeri terutama menerusi inisiatif Bangsa Johor Bahagia dan Johor Innovation Valley (JIVe). Oleh itu, kita menjangkakan penyelidikan tranlasional dan perpindahan ilmu akan semakin rancak dilaksanakan demi membantu masyarakat dan komuniti di negeri Johor.

“Sembilan bidang penyelidikan yang sememangnya menjadi kekuatan dan kepakaran UTM juga telah dikenal pasti (UTM Signature Research Area), iaitu Sustainable and Resilient Urbanisation, Smart Living and Sustainable Cities, Water Security, Biomedical and Health Engineering, Next Generation Systems and Networks, Energy Security, Smart Manufacturing and Materials, Natural Products and Biotechnology, dan Smart Mobility.

“Semua ini mampu membantu UTM kekal relevan melalui penawaran program berorientasi masa hadapan yang mendokong aspirasi negara.

“Malah, KPT meletakkan harapan dan kepercayaan yang tinggi kepada UTM menerusi Program Strategik KPT dan UTM. Misalnya, UTM diberikan kepercayaan dalam menerajui International Mission UTM X EU, UTM-Mastercard Innovation Hub, Pusat Robotik Negara, Pusat Advanced TVET dan UTM Evolution Hub.

“Akhir sekali, jalinan kerjasama penyelidikan antarabangsa UTM-Imperial College of London, UTM bersama The University of Edinburgh, di samping penyertaan delegasi UTM dalam OCIS-UTM Science Rountable Discussion dan Kazan Forum 2023 menyerlahkan lagi reputasi UTM sekali gus mengangkat kesohoran universiti di peringkat global,” ujar Datuk Ahmad Fauzi ketika menutup ucapannya.

Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan & Inovasi) dan Pendaftar UTM turut hadir di UTM Johor Bahru.

Petikan kata-kata hikmah daripada Datuk Naib Canselor (MBNC Mei 2023).

MBNC Mei 2023 yang diadakan di Dewan Azman Hashim, UTM Kuala Lumpur turut berlintas langsung di Dewan Sultan Iskandar, UTM Johor Bahru dan UTM Kampus Pagoh.

MBNC kali ini turut menyaksikan pelancaran buku Naib Canselor “Penyelesaian Radikal Memartabat Pendidikan Tinggi”, pelancaran Satellite Incubator Programme, pengiktirafan kepada syarikat hiliran UTM, penyerahan mock-cheque Biasiswa Endowmen Persatuan Alumni UTM bernilai RM64,000, pelancaran Program Khas Pembangunan Kepimpinan ILEAP (10 Projek Strategik), pelancaran sistem eMesyuarat UTM dan penyerahan sijil kepada staf-staf yang dinaikkan pangkat.

Pelancaran buku Naib Canselor “Penyelesaian Radikal Memartabat Pendidikan Tinggi”.
“Penyelesaian Radikal, Memartabat Pendidikan Tinggi” boleh didapati dari UTM Press.

 

 

 

Explore More