April 27, 2024

Search
Close this search box.

JOHOR BAHRU, 19 Sept.– Seramai 20 orang mahasiswa kelahiran negeri Johor Universiti Teknologi Malaysia (UTM) yang berada dalam kategori asnaf telah menerima sumbangan berupa komputer riba daripada Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ).
Sumbangan yang dilaksanakan menerusi Program Sesi Libat Urus Agensi Di Bawah Portfolio Yang Berhormat Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Negeri Johor ke daerah Johor Bahru itu telah berlangsung di Masjid Jamek Kampung Melayu Majidee, Johor Bahru.

Serahan sumbangan komputer riba tersebut disempurnakan oleh Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Yang Berhormat Tuan Mohd Fared Mohd Khalid. Turut hadir sama dalam sesi serahan tersebut ialah Pengarah Pusat Islam UTM, Prof. Dr. Arieff Salleh Rosman.
Selain sumbangan kepada mahasiswa UTM, Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor itu turut juga menyampaikan sumbangan Peruntukan daripada Tabung Pembangunan Masjid dan juga pemberian khas kepada anak-anak yatim yang kehilangan ibu bapa akibat jangkitan COVID-19 dan juga anak-anak yatim yang tidak menetap di rumah kebajikan di seluruh Johor.

Pemberian komputer riba kepada pelajar-pelajar Asnaf UTM ini diharapkan dapat membantu memudahkan urusan pembelajaran di universiti sehingga mencapai kejayaan yang cemerlang dan seterusnya membolehkan lepasan universiti ini meneruskan khidmat bakti kepada anak watan.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid menyerahkan sumbangan komputer riba kepada salah seorang mahasiswa UTM.

Explore More