November 23, 2024

Search
Close this search box.

Pada 8-9 Mac 2019 yang lalu kelab di bawah Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Teknologi Malaysia (UTM), iaitu Psychology Interactive Club (PSYCHIC) telah menganjurkan sebuah program yang berkonsepkan psikologi sekolah.

Program yang berlangsung selama dua hari dan satu malam ini melibatkan seramai 40 orang pelajar tingkatan lima dari Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Uda, Johor Bahru.

Program Building Your Strength With Psychology ini  berbentuk sinergi dan telah menjalinkan kolaborasi dengan 6 buah kelab lain dari dalam dan luar UTM yang terdiri daripada kelab Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Datin Seri Endon (JKM KDSE), UTM Accounting Club (UTMAC), Kelab Jurutera Elektrik UTM (Jurutek), UTM Aces Toastmasters Club , Kelab Astronomi UTM, dan  Culture Recreational and Societal Club (CREST) dari UNIMAS.

Program ini bertujuan untuk membantu dan membimbing peserta untuk memupuk  semangat jati diri di samping menjalinkan dan mengakrabkan hubungan silaturrahim antara para peserta, dan menjalinkan hubungan mesra dengan ahli  jawatankuasa sendiri.

Selain itu, program ini bertujuan untuk mempromosikan program ASASI UTM yang baru sahaja ditubuhkan sebagai pilihan utama peserta untuk melanjutkan pelajaran selepas tamat menduduki peperiksaan Sijil Penilaian Menengah (SPM).

Tujuan yang terakhir program ini adalah untuk membantu dan melatih para peserta untuk berkomunikasi dengan baik dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.

Program yang menyahut konsep sinergi ini bercita-cita untuk membantu para peserta menyelesaikan masalah kehidupan harian dengan profesional menggunakan komunikasi yang baik.

Gambar semua 24 ahli jawatankuasa yang terlibat melibatkan ahli jawatan kuasa dari kelab PSYCHIC, UTMAC, JKM KDSE, dan CREST UNIMAS
Gambar setelah usai majlis penutupan program yang dirasmikan oleh penasihat Psychology Interactive Club (PSYCHIC) Dr. Siti Rokiah Binti Siwok.
Slot LDK 1. Permainan galah panjang diperkenalkan dan dimainkan bagi mengisi slot Latihan Dalam Kumpulan 1.
Gambar semasa slot UTM Aces Toastmaster Club. Slot ini menekankan tentang kaedah “public speaking” yang betul dan melatih para peserta berkomunikasi dalam bahasa inggeris
Gambar semasa slot Kelab Astronomi UTM. Slot ini digunakan dengan memberi peluan kepada peserta untuk melihat sendiri bintang-bintang disamping menambah sedikit sebanyak ilmu tentang astronomi.

Pengarah Program, Huzaifah Adam berkata ramai di kalangan kita cuba menegur kesalahan rakan kita tetapi dengan nada dan cara yang salah.

“Kemudian kita melabel rakan kita sebagai keras kepala dan sebagainya apabila mereka enggan terima teguran kita, tetapi hakikatnya kaedah peneguran kita sendiri yang salah kerana berasaskan perlian dan sinisan semata-mata,” katanya.

Di sini juga, penekanan terhadap kerjasama dalam setiap kumpulan dilihat begitu erat walaupun kehadiran jawatankuasa dari kelab yang berlainan.

Ulasan dari pelajar menyatakan mereka sangat berpuas hati dengan program ini dan mengharapakan program ini dapat dijalankan secara berterusan pada masa akan datang dengan tempoh masa yang lebih panjang.

Salah seorang peserta, Noratikah berkata, fasilitator adalah sangat baik dan slot yang disediakan juga sangat menarik.

“Walaupun sangat penat sepanjang tempoh dua hari ini tapi kami sangat berpuas hati dan gembira kerana dapat menyertai program ini,” katanya.

Explore More