April 29, 2024

Search
Close this search box.

MAJLIS KHATAM AL-QURAN DAN IFTAR AKADEMI BAHASA 1439H/2018M

Menjadi tradisi kepada staf Akademi Bahasa, bagi tahun 1439H/2018M ini penganjuran Majlis Ifftar dan Majlis Khatam Al – Quran Peringkat Akademi Bahasa 1439H / 2018 M telah diadakan pada 7hb Jun 2018 bertempat di Bilik Seminar 1, D05.

Pada tahun ini, majlis khatam Al-Quran telah diketuai oleh Y.Bhg Ustaz Dr Ismail bin Mushtari.

Seramai 70 orang staf yang hadir bersama ahli keluarga masing-masing telah hadir bagi menjayakan program sempena Ramadan tahun ini.

Majlis yang bermula pada jam 6.30 petang di mulai dengan khatam Al-Quran secara beramai-ramai dan sementara menunggu masa berbuka puasa, diadakan Tazkirah ringkas dan bacaan doa dari Ustaz jemputan.

Diikuti seterusnya acara berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah. Turut hadir ialah Dekan Akademi Bahasa iaitu Y.Bhg  Prof. Madya Dr Abdul Halim Abdul Raof.

Alhamdullilah, majlis ini telah dapat berjalan dengan jayanya bagi mengeratkan lagi silaturrahim di antara kalangan staf Akademik Bahasa.

Explore More