Kunjungan Mesra Duta Jepun, TYT Oka Hiroshi ke FSSH
Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSH) telah menerima kunjungan mesra dari Tuan Yang Terutama, Oka Hiroshi, Duta Kerajaan Jepun ke Malaysia dalam siri lawatan beliau ke Negeri Johor. Kunjungan mesra singkat ini adalah bagi berjumpa dengan Pemenang Anugerah Kepujian Kementerian Luar Negeri Jepun dari FSSH iaitu Prof Madya Kumaraguru A/L Ramayah.