Menjadi tradisi kepada staf Akademi Bahasa, bagi tahun 1439H/2018M ini penganjuran Majlis Ifftar dan Majlis Khatam Al – Quran Peringkat Akademi Bahasa 1439H / 2018 M telah diadakan pada 7hb Jun 2018 bertempat di Bilik Seminar 1, D05.
Pada tahun ini, majlis khatam Al-Quran telah diketuai oleh Y.Bhg Ustaz Dr Ismail bin Mushtari.
Diikuti seterusnya acara berbuka puasa dan Solat Maghrib berjemaah. Turut hadir ialah Dekan Akademi Bahasa iaitu Y.Bhg Prof. Madya Dr Abdul Halim Abdul Raof.
Alhamdullilah, majlis ini telah dapat berjalan dengan jayanya bagi mengeratkan lagi silaturrahim di antara kalangan staf Akademik Bahasa.