April 28, 2024

Search
Close this search box.

Majlis Iftar Ramadan KDOJ UTM Johor Bahru meriah

UTM Johor Bahru, 23 Jun: Kolej Kediaman Dato’ Onn Jaafar (KDOJ), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Johor Bahru telah menganjurkan program Iftar Ramadan KDOJ UTM Johor Bahru pada 23 Jun 2016 lalu.

Pengetua KDOJ UTM Johor Bahru, Mej Dr. Mohd Noor Azli bin Hj. Ali Khan (gambar) berkata program Iftar Ramadan KDOJ adalah antara  program ulung yang diadakan di kolej kediaman UTM Johor Bahru. Program seumpama ini adalah sebagai satu usaha untuk menyemarakkan aktiviti di bulan ramadan. Aktiviti ini juga dapat mengeratkan hubungan silaturahim sesama staf, pentadbiran dan para pelajar. Aktiviti ini dijalankan dengan kerjasama antara pihak pengurusan KDOJ, Majlis Perwakilan Kolej (CRC), barisan felo dan para pelajar KDOJ UTM Johor Bahru.

Persiapan telah dilakukan beberapa hari oleh barisan pimpinan CRC KDOJ UTM Johor Bahru. Ianya turut dibantu oleh pihak pengurusan KDOJ UTM Johor Bahru. Majlis berbuka puasa turut dihadiri oleh anak-anak staf KDOJ UTM Johor Bahru, hampir 50 orang telah menghadiri majlis tersebut. Program solat maghrib berjemaah turut diadakan di surau blok kediaman pelajar. Pelbagai juadah telah disediakan, antaranya nasi arab, sup kambing, kuih muih, mee goreng mamak, lemang, buah-buahan dan minuman. Program kali ini turut membincangkan program yang telah dan akan dilaksanakan bagi tahun 2016 oleh barisan CRC KDOJ UTM Johor Bahru selepas solat sunat terawih yang dilaksanakan di surau berdekatan kolej kediaman. Program yang akan dilaksanakan kelak lebih berfokus kepada aktiviti yang memberi kesan signifikan kepada komuniti dan pelajar.

Explore More