November 27, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at ()

UTM serah watikah pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar sesi 2024/2025

JOHOR BAHRU, 25 Nov – Majlis Penyampaian Watikah Pelantikan Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sesi 2024/2025 dan Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas telah pun dijalankan di Dewan Seminar, Bangunan Kesatuan Pelajar (SUB), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru dan disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Dalam ucapannya, beliau menekankan kepentingan menjadi suri teladan serta memperkasa dan menjaga adab dalam kalangan pelajar dan masyarakat. Beliau turut menegaskan bahawa MPP bukan sahaja berperanan sebagai suara pelajar, tetapi juga sebagai contoh teladan yang harus menunjukkan sikap dan tingkah laku yang baik. Beliau turut mengingatkan bahawa adab dan etika adalah asas penting dalam membentuk persekitaran kampus yang harmoni dan berdisiplin.

WhatsApp Image at
Ucaptama dari Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi yang menekankan beberapa kepentingan yang perlu diambil berat oleh MPP

Majlis ini turut dihadiri oleh Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat; Ketua Pentadbiran, Hanifah Ahmad; Pengarah Pembangunan Aktiviti Pelajar, Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib dan Pengerusi Pengetua Kolej Kediaman, Prof. Madya Dr. Abdul Rahman Tamuri. Majlis ini telah dimulakan dengan sesi penyampaian watikah pelantikan kepada MPP yang diwakili oleh Muhammad Hazim Azatul Amery, selaku Yang Dipertua (YDP) dan seterusnya diikuti dengan bacaan ikrar dan angkat sumpah jawatan oleh semua MPP yang baru dilantik.

WhatsApp Image at
Sesi bacaan ikrar dan angkat sumpah jawatan MPP yang diketuai oleh YDP MPP baharu, Muhammad Hazim Azatul Amery
WhatsApp Image at
Sesi bacaan ikrar dan angkat sumpah jawatan MPP

Majlis diteruskan dengan sesi penyerahan nota serah tugas dari mantan YDP MPP sesi 2023/2024, Muhammad Hafiz Fikri Ghazali kepada YDP MPP untuk sesi kali ini. Sesi ini bertujuan memastikan kesinambungan tugas dan tanggungjawab dapat dilaksanakan dengan lancar dan berkesan.

WhatsApp Image at
Sesi menandatangani Nota Serah Tugas MPP
WhatsApp Image at
Sesi Penyerahan Nota Serah Tugas MPP

Semoga ahli-ahli MPP yang baru dilantik dapat menjalankan tugas dengan penuh dedikasi dan komitmen, serta terus memperjuang hak dan kebajikan pelajar.

Explore More