November 21, 2024

Search
Close this search box.
stadium utm

Naik taraf lampu LED stadium UTM tingkat kelestarian dan sokongan komuniti

JOHOR BAHRU, Nov 10 – Majlis Penyerahan Projek Naik Taraf Lampu High Mast di Stadium Azman Hashim, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah dirasmikan oleh Naib Canselor, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi. Majlis ini turut dihadiri oleh pegawai kanan universiti, termasuk Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni), Prof. Ts. Dr. Ali Selamat; Bendahari, Tuan Haji Abu Bakar Mohd. Salleh, Pengarah Pejabat Stategi dan Hal Ehwal Korporat (OSCA), Prof. Madya ChM. Dr. Che Rozid Mamat; dan Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa bersama pengarah-pengarah seksyen. Majlis penyerahan ini dilaksanakan serentak dengan Program Perasmian UTM Games, yang juga merupakan acara pertama menggunakan sistem lampu stadium baharu yang telah siap dipasang dan beroperasi mulai 3 November.

Gimik Dato NC bersama Pegawai Kanan UTM
Datuk Naib Canselor bersama pengurusan tertinggi bersiap melancarkan gimik penyerahan projek

Dalam majlis ini, simbolik penyerahan projek dilakukan oleh Pengarah syarikat Nazar Engineering Sdn. Bhd., Nor Azai Mohamad kepada Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail, sebagai tanda kerjasama erat antara universiti dan kontraktor. Keberhasilan projek ini membuktikan komitmen tinggi Nazar Engineering Sdn. Bhd., yang berjaya menyiapkan projek lebih awal daripada tarikh tamat kontrak yang ditetapkan, sekali gus memastikan kemudahan stadium dapat segera dimanfaatkan oleh warga kampus, terutama pelajar. Terletak di lokasi strategik, stadium UTM juga berpotensi menjadi tumpuan komuniti setempat, justeru membantu universiti menjana pendapatan.

Simbolik penyerahan projek daripada kontraktor kepada DVC
Simbolik penyerahan projek daripada pengarah syarikat Nazar Engineering kepada Datuk Naib Canselor
DNC menandatangani simbolik perasmian
Datuk Naib Canselor menandatangani simbolik plak penyerahan projek sebagai simbolik majlis

Projek ini melibatkan naik taraf sistem lampu high mast stadium kepada lampu LED yang lebih cekap tenaga, yang memberikan penjimatan kos operasi yang lebih tinggi. Walaupun menggunakan tenaga yang lebih rendah, lampu LED ini menghasilkan kecerahan cahaya lebih tinggi dengan purata pencahayaan 1000 lux, menjadikannya sesuai untuk acara yang memerlukan rakaman video atau siaran langsung. Lampu ini juga mematuhi piawaian kecerahan FIFA D, yang memenuhi syarat untuk siaran langsung.

Inisiatif ini selaras dengan beberapa Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), terutamanya SDG 7 (Tenaga Bersih dan Terjangkau) dan SDG 11 (Bandar dan Komuniti yang Lestari). Dengan penggunaan lampu LED yang lebih efisien dan jimat tenaga, projek ini bukan sahaja menyumbang penjimatan kos dan pengurangan jejak karbon, tetapi juga menyokong pengurangan penggunaan sumber tenaga yang tidak lestari. Di samping itu, kemudahan stadium yang moden ini meningkatkan kualiti kehidupan komuniti setempat dan menyediakan ruang yang lebih baik untuk aktiviti sosial dan sukan. Dengan adanya kemudahan ini, warga kampus dan komuniti setempat bukan sahaja boleh memperoleh manfaatnya, tetapi juga mampu menyokong usaha global dalam mencapai pembangunan yang lebih mampan.

Sepak penalti oleh DVC
Turut diadakan aksi sepak penalti oleh Datuk Naib Canselor dan pengurusan tertinggi sebagai simbolik perasmian penggunaan lampu baharu di padang stadium
Bersama HEPA dan JTNCP
Sesi bergambar antara staf bersama Datuk Naib Canselor dan pengurusan tertinggi universiti

Explore More