Oktober 7, 2024

Search
Close this search box.

Pensyarah UTM antara peserta akhir Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: AKRI 2024

KUALA LUMPUR, 2 Okt –  Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM) berjaya muncul sebagai antara 27 peserta akhir dari seluruh negara di majlis  Anugerah Khas YB Menteri Pendidikan Tinggi: Rekabentuk Kurikulum dan Penyampaian Inovatif Tahun 2024 (AKRI 2024) dan Perasmian Sambutan Bulan Akademia Peringkat Kebangsaan 2024, di Universiti Teknologi Mara (UiTM), Shah Alam di sini, hari ini.

 

Dari kiri: Dr Norlliza Mohd Isa, Prof Madya Dr Zaleha Abdullah, YB Dato’ Seri Diraja Dr. Zambry Abd Kadir, Prof. Dr Jafri Din dan Prof.Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir

 

Tayangan memperkenalkan peserta akhir antaranya wakil sulung UTM Profesor Madya Dr. Zaleha Abdullah

Profesor Madya Dr. Zaleha Abdullah dari Sekolah Pendidikan, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusian (FSSK) menerusi projek bertajuk Blended Learning with Cognitive and Social Apprenticeship (COCIAL) to Nurture Creativity” berjaya muncul sebagai peserta akhir dari lapan penyertaan yang dimajukan oleh UTM.

Pendekatan pembelajaran yang telah diketengahkan oleh Dr. Zaleha adalah dengan mengintegrasikan pendekatan pembelajaran “cognitive apprenticeship”, “social apprenticeship”dan pembelajaran teradun fleksibel.

“Kaedah ini memupuk kreativiti dan pemikiran kritis dalam kalangan pelajar reka bentuk melalui pembelajaran berstruktur dalam persekitaran teradun yang fleksibel”, ujar Dr Zaleha.

Dr. Zaleha turut menitipkan ucapan penghargaan kepada Universiti khususnya Center for Advancement in Digital and Flexible Learning (UTM CDex) yang sentiasa komited dalam memberikan sokongan dan dorongan kepada semua pensyarah untuk berinovasi  dalam konteks penyampaian PdP (pengajaran dan pembelajaran).

Turut hadir dalam majlis yang disempurnakan oleh Menteri Pendidikan Tinggi adalah Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Dekan Fakulti Komputeran, Prof.Ts. Dr. Wan Mohd Nasir bin Wan Kadir dan Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Prof. Dr Jafri Din.

 

Explore More