Disember 22, 2024

WhatsApp Image at AM

JPMPP UTM diseru galas tugas dengan penuh amanah dan dedikasi

JOHOR BAHRU, 7 Okt – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) hari ini menyaksikan pelantikan rasmi seramai 47 pelajar dari Kampus Johor Bahru dan Kuala Lumpur sebagai Jawatankuasa Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar (JPMPP) bagi sesi 2024/2025. Majlis penyampaian watikah pelantikan yang dianjurkan oleh Bahagian Aktiviti & Pembangunan Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) tersebut diadakan di Dewan Seminar Student Union Building, UTM Johor Bahru, dan telah disempurnakan oleh Naib Canselor UTM, Prof. Datuk Ir. Ts. Dr. Ahmad Fauzi Ismail.

Dalam ucapannya, beliau mengucapkan tahniah kepada semua pelajar yang telah dilantik serta mengingatkan mereka tentang tanggungjawab besar yang perlu dipikul sebagai ahli JPMPP. “Pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar adalah acara tahunan yang penting, dan pemilihan anda harus dilihat sebagai peluang untuk melengkapkan diri sebagai pelajar yang cemerlang sebelum bergraduasi,” katanya.

WhatsApp Image at AM
Datuk Ahmad Fauzi semasa berucap

Beliau turut mengingatkan bahawa amanah yang dipikul adalah berat dan menggesa ahli JPMPP agar menjalankan tugas dengan penuh amanah, fatanah, dan siddiq. “Pastikan bahawa proses pemilihan berjalan lancar serta mematuhi undang-undang universiti dan negara,” tambahnya.

Majlis turut menyaksikan pelantikan Huda Najihah Ahmad Asri sebagai Pengerusi JPMPP bagi sesi kali ini. Naib Canselor juga menekankan kepentingan menjaga nama baik dan imej UTM sepanjang tempoh menjalankan tanggungjawab tersebut.

WhatsApp Image at AM
Barisan JPMPP yang menerima watikah lantikan

Beliau juga mendoakan agar sesi pemilihan Majlis Perwakilan Pelajar tahun ini berjalan lancar dan mencapai kejayaan. Majlis diakhiri dengan ucapan syabas dan tahniah kepada semua ahli JPMPP yang menerima watikah pelantikan pada hari ini.

WhatsApp Image at AM

Explore More