September 17, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Hubungan Kerjasama UTM-China diperluas bersama KUST

KUNMING, 1 Sept. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) terus memperluas jaringan kolaborasi antarabangsa dengan menerima jemputan hormat dan menyertai Sambutan Ulang Tahun ke-70 Kunming University of Science and Technology (KUST), Kunming, Yunnan, China.

UTM diwakili oleh Prof. Dr. Mohd Shafry Mohd Rahim, Timbalan Naib Canselor (Akademik dan Antarabangsa), Prof. Dr. Wan Mohd Nasir Wan Kadir, Dekan Fakulti Komputeran (FC), dan Prof. Dr. Jafri Din, Dekan Fakulti Kejuruteraan Elektrik (FKE).

Timbalan Naib Canselor (Akademik & Antarabangsa) yang mewakili UTM bersama Dekan FC dan Dekan FKE

Prof. Dr. Mohd Shafry, yang mewakili Naib Canselor UTM, turut menyampaikan ucapan penghargaan daripada UTM kepada KUST. Dalam majlis yang sama, beliau juga menyampaikan syarahan utama bertajuk Education Evaluation: Adapting Education to Global Change di Symposium on High Quality Development of Chinese and Foreign Universities.

Picture
Prof. Dr. Mohd Shafry mewakili Naib Canselor UTM ketika menyampaikan ucapan penghargaan kepada KUST

Semasa lawatan tersebut, delegasi UTM dibawa melawat beberapa fakulti di KUST, antaranya Faculty of Artificial Intelligence Industry, Faculty of Digital Economy, Faculty of Information Engineering and Automation, Faculty of Electric Power Engineering, Faculty of Civil Engineering and Mechanic, serta Faculty of Architecture and City Planning. Selain itu, delegasi UTM turut melihat pusat kecemerlangan yang berkaitan dengan Big Data & Artificial Intelligence, Earth Quake Resident Prevention Technology, serta Green Energy and Material.

Delegasi UTM melawat Faculty of Artificial Intelligence Industry, KUST

KUST juga telah menyatakan hasrat untuk mengadakan kerjasama akademik dengan UTM dalam empat program Sarjana Muda, iaitu Sarjana Muda Sains Komputer (Kejuruteraan Data) dengan Kepujian, Sarjana Muda Kejuruteraan Elektik dengan Kepujian, Sarjana Muda Sains (Pengurusan Pembinaan) dengan Kepujian, dan Sarjana Kejuruteraan Komputer (Sistem Mikro Elektronik) yang dijangka bermula pada Oktober 2025.

Di samping itu, KUST turut berminat untuk menjalankan penyelidikan bersama dalam bidang Pembangunan Data Bahasa Melayu Pintar dan Tenaga Hijau & Bersih,  yang akan diusahakan oleh Fakulti Komputeran dan Fakulti Kejuruteraan Elektrik.

KUST juga berhasrat untuk mewujudkan Pusat Pengajian UTM-KUST di kampus mereka serta menyatakan minat untuk menghantar pensyarah mereka bagi menyambung pengajian Doktor Falsafah di UTM dalam pelbagai bidang.

UTM dan KUST dijangka menandatangi Perjanjian Kerjasama Akademik selepas mendapat kelulusan daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT), Malaysia dan Yunnan Ministry of Education. Kerjasama ini bakal memperkukuhkan hubungan antara Malaysia dan China pada masa akan datang.

Explore More