Disember 22, 2024

n

Ramah mesra bersama Alumni UTM JKR perkukuh jalinan alumni

KUALA LUMPUR, 12 Ogos – UTMAlumni telah menganjurkan program libatsama bersama Alumni UTM Jabatan Kerja Raya (JKR). Seramai 300 orang alumni telah menghadiri program ramah mesra tersebut yang berlangsung di Dewan Tan Sri Mahfoz Khalid, Kompleks Kementerian Kerja Raya.

Turut hadir dalam program ini ialah Prof. Ts. Dr. Ali Selamat, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni); Dato’ Ir. Mohammed Noor Abu Hassan, Ahli Lembaga Pengurusan Universiti Teknologi Malaysia (UTM); Dato’ Ir. Hj. Mohamad Khairi Ambran, Presiden Persatuan Alumni UTM; Dato’ Ir. Roslan Ismail, Ketua Pengarah Kerja Raya; Dato’ Ir. Ts. Hj. Masri Baharuddin, Pengarah Cawangan Dasar dan Pengurusan Korporat JKR; Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Robiah Suratman, Pengarah Endowmen; dan Prof. Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam Rasidi, Pengarah UTMAlumni.

Majlis ini menjadi lebih bermakna dengan sesi penyampaian Anugerah Penghargaan Alumni oleh Dato’ Mohammed Noor kepada Dato’ Roslan Ismail. Anugerah ini adalah satu tanda pengiktirafan atas kejayaan dan kecemerlangan alumni UTM. Selain itu, turut diadakan simbolik penyerahan data alumni UTM yang berkhidmat di JKR kepada pihak UTMAlumni.

n
Sesi penyampaian Anugerah Penghargaan Alumni oleh Dato’ Mohammed Noor kepada Dato’ Roslan, Ketua Pengarah Kerja Raya

Program yang berlangsung selama hampir dua jam ini turut diserikan dengan persembahan deklamasi sajak bertajuk “UTM Sanjungan Bangsa” oleh Pengarah UTMAlumni serta nyanyian lagu patriotik dan kibaran Jalur Gemilang sempena sambutan Bulan Kebangsaan.

n
Persembahan deklamasi sajak bertajuk “UTM Sanjungan Bangsa” oleh Pengarah UTMAlumni, Prof Madya Ts. Dr. Mohd Hisyam

Pertemuan ini diharapkan dapat merapatkan lagi hubungan antara alumni dan universiti, selain berusaha membina jaringan kerjasama pada masa akan datang. Diharapkan pertemuan ini menjadi platform bagi kerjasama strategik untuk manfaat bersama.

Explore More