September 19, 2024

Search
Close this search box.
Lawatan KSU Perpaduan ogos

Lawatan KSU Kementerian Perpaduan Negara: Sokongan projek komuniti

JOHOR BAHRU, 17 Ogos – Datuk Azman Bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perpaduan Negara, telah mengadakan sesi lawatan turun padang ke Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, Kulai. Lawatan tersebut turut disertai oleh Encik Khairulizam Bin Othman, Setiausaha Bahagian Khidmat Pengurusan, dan Puan Hajah Nurul Akmalina Binti Hj Shamsuddin, Pengarah Perpaduan Negeri Johor.

Datuk Azman bin Mohd Yusof, KSU Kementerian Perpaduan Negara
Datuk Azman bin Mohd Yusof, KSU Kementerian Perpaduan Negara

Sesi lawatan pada 17 Ogos 2024 ini diadakan sempena Program MADANI Rakyat 2024 Zon Selatan yang berlangsung di Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Pertemuan bersama Datuk Azman, yang berlangsung secara ringkas dan padat, adalah bertujuan bagi mengetahui aktiviti perpaduan yang telah dan sedang dijalankan oleh komuniti Taman Sri Pulai. Encik Mohd Mazuan bin Abu, selaku pengerusi KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai, telah membentangkan aktiviti-aktiviti yang dijalankan oleh komuniti sepanjang tahun penubuhan.

Dr Diyana Zulaika membentangkan projek komuniti UTM kepada hadirin yang hadir
Dr. Diyana Zulaika membentangkan projek komuniti UTM kepada hadirin yang hadir

Tambahan lagi, Dr. Diyana Zulaika binti Abdul Ghani, selaku pensyarah UTM dan juga komuniti di KRT Jalan Meranti, turut berkongsi pembentangan mengenai projek komuniti yang berjaya mendapat geran Iskandar Puteri Rendah Karbon 4.0 (IPRK 4.0) di bawah Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP). Projek tersebut berkaitan dengan kejiranan selamat melalui Skim Rondaan Sukarela (SRS) dan kempen pengurangan pembebasan asap karbon menggunakan motosikal elektrik semasa rondaan di kawasan kejiranan Taman Sri Pulai.

Datuk Azman memberikan ucapan dan cadangan untuk komuniti semasa sesi lawatan
Datuk Azman memberikan ucapan dan cadangan kepada komuniti semasa sesi lawatan

Pada akhir lawatan, Datuk Azman menyuarakan sokongan beliau terhadap projek komuniti yang giat dijalankan dan memberikan sokongan penuh terhadap pelaksanaannya untuk meningkatkan kesejahteraan perpaduan komuniti setempat. Beliau juga memuji kerjasama yang erat antara KRT di Taman Sri Pulai dengan pihak UTM dan menjangkakan kolaborasi yang berpanjangan untuk memberi manfaat kepada komuniti pada masa akan datang.

Hadirin yang hadir yang terdiri daripada penduduk dan komuniti KRT di Taman Sri Pulai
Hadirin yang terdiri daripada penduduk dan komuniti KRT di Taman Sri Pulai
Sesi penyerahan dokumen kertas kerja daripada pengerusi KRT Jalan Meranti, Encik Mazuan kepada Datuk Azman
Sesi penyerahan dokumen kertas kerja daripada pengerusi KRT Jalan Meranti, Encik Mazuan kepada Datuk Azman
Barisan delegasi yang mengiringi Datuk Azman ketika sesi lawatan di sekitar KRT Jalan Meranti Taman Sri Pulai
Barisan delegasi yang mengiringi Datuk Azman ketika sesi lawatan di sekitar KRT Jalan Meranti, Taman Sri Pulai

Disediakan oleh: Diyana Zulaika Abdul Ghani, Asha Hasnimy Mohd Hashim, Halijah Ibrahim, Nurzal Effiyana Ghazali dan Mohd Mazuan Abu

Explore More