Oktober 11, 2024

Search
Close this search box.
Picture

Bengkel Pengukuran Satelit FABU UTM-JTS Sarawak pacu penyelidikan

JOHOR BAHRU, 4 Ogos – Program Geoinformasi, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah bekerjasama dengan pihak Jabatan Tanah dan Survei (JTS) Sarawak bagi menganjurkan Bengkel Pengukuran Satelit. Bengkel ini merupakan salah satu inisiatif Makmal Satelit FABU, UTM- JTS Sarawak yang komited dalam melaksanakan program berimpak tinggi. Bengkel selama tiga hari ini bertujuan untuk membincangkan hala tuju penggunaan teknologi ukur Global Navigation Satellite System (GNSS) dalam pengukuran kadastra (hakmilik).

Program ini dimulakan dengan sesi makan malam di perkarangan Rumah Putih, bersebelahan Tasik Ilmu UTM. Seramai 20 orang pegawai JTS Sarawak, yang diketuai oleh Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood, Pengarah Tanah dan Survei Sarawak, telah hadir. Turut serta dari pihak UTM adalah lebih 20 orang pensyarah kanan dan pegawai, yang diketuai oleh Profesor Dr. Edy Tonnizam bin Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) UTM.

Picture
Profesor Dr. Edy Tonnizam Mohamad (tengah), menyampaikan cenderamata kepada Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood (kiri), disaksikan oleh Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa (kanan)
Picture
Ucapan pembukaan yang disampaikan oleh Tuan Awang Zamhari bin Awang Mahmood
Picture
Suasana Majlis Makan Malam UTM-JTS di perkarangan Rumah Putih, UTM

Bengkel pada hari pertama dimulakan dengan sesi perbincangan di Rumah Putih, UTM, yang turut dihadiri oleh Sr Dr. Othman bin Zainon, Pengarah Geoinformasi; Profesor Madya Sr Dr. Tajul Ariffin bin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), UTM; Profesor Madya Sr Dr. Abdullah Hisam bin Omar, Pengarah Institut Sultan Iskandar (ISI); Dr. Wan Anom binti Wan Aris, dan Sr Dr. Muhammad Hafiz bin Mohd Yatim. Pembentangan oleh Encik Bahtiar bin Sajeli dan Puan Nuratikah binti Hadi dari JTS Sarawak serta taklimat oleh Profesor Madya Sr Dr. Tajul Ariffin bin Musa mengenai integrasi pengukuran GNSS dan ukur kadastra menjadi fokus utama bengkel ini.

Picture
Barisan pegawai JTS Sarawak yang menghadiri Bengkel Pengukuran Satelit
Picture
Encik Bahtiar bin Sajeli membentangkan hasil kajian kaedah pengukuran GNSS dan ukur kadastra di Sarawak
Picture
Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin bin Musa menyampaikan taklimat mengenai konsep pengukuran GNSS dan ukuran kadastra di Sarawak

Pegawai-pegawai JTS juga diberi pendedahan mengenai kerja lapangan yang melibatkan modul-modul dalam GNSS untuk pengukuran kadastra. Hasil kerja lapangan di sekitar Tasik Ilmu UTM telah dianalisis dan dibentangkan pada sesi bengkel hari berikutnya. Bengkel ini berjaya merumuskan beberapa hala tuju strategik dalam penggunaan teknologi GNSS untuk amalan ukur kadastra di Sarawak.

Picture
Sesi perbincangan dan analisis data di Bilik SCALE, Blok C03, FABU
Picture
Pengukuran lapangan menggunakan alat ukur GNSS
Picture
Sesi analisis data oleh pelajar pasca sisawazah
Picture
Ujian lapangan menggunakan alat dron
Picture
Sesi penggulungan bengkel pada hari terakhir
Picture
Pembentangan hala tuju JTS Sarawak oleh Sr Ramzi bin Abdillah, Penolong Pengarah Survei

Secara keseluruhan, bengkel ini menjadi platform penting yang membuka peluang untuk penyelidikan dan penyelesaian masalah berkaitan kaedah pengukuran terbaik. Bengkel di bawah Makmal Satelit FABU, UTM-JTS Sarawak yang menggabungkan kepakaran dari pelbagai bidang ini, diharapkan mampu memberikan solusi terbaik kepada isu-isu semasa di dalam industri.

Picture
Sr Ramzi bin Abdillah (kanan) menerima cenderamata daripada Prof. Madya Dr. Abdullah Hisam Omar (tengah), disaksikan oleh Dr. Wan Anom binti Wan Aris (kiri)
Picture
Sesi bergambar selepas majlis penutup antara pensyarah Geoinformasi dan pegawai JTS Sarawak

Explore More