September 6, 2024

Search
Close this search box.
DSC

Wajah baru ruang pengajaran dan pembelajaran di FABU, FS & FSSH

JOHOR BAHRU, 22 Jul. – Universiti Teknologi Malaysia (UTM)  menerusi Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) mengorak langkah ke arah pemantapan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna terutamanya pelajar-pelajar dengan penyiapan projek naik taraf ruang pengajaran & pembelajaran di Fakulti Alam Bina & Ukur (FABU), Fakulti Sains (FS) Dan Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan (FSSH).

DSC
Majlis Penyerahan Projek dirasmikan oleh Prof. Ts Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Wajah baru ruang bilik kuliah, dewan kuliah dan makmal dilihat akan menyemarakkan lagi suasana pengajaran dan pembelajaran di bangunan-bangunan akademik. Persekitaran yang kondusif adalah penting untuk memastikan proses pengajaran dan pembelajaran lebih berfokus dan berimpak.

WhatsApp Image at PM
Majlis Penyerahan telah diadakan di Dewan Kuliah C, Bo9 Fakulti Alam Bina & Ukur

Majlis penyerahan projek ini telah diadakan di Dewan Kuliah C Blok B09, Fakulti Alam Bina & Ukur. Majlis ini telah dirasmikan oleh Prof. Ts Dr. Edy Tonnizam Mohamad, Timbalan Naib Canselor (Pembangunan), UTM. Turut menghadiri Majlis Penyerahan Projek ini ialah Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa selaku Pegawai Penguasa Projek, Prof. Sr. Dr. Kherun Nita Ali, Dekan FABU; Prof. Madya Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali, Timbalan Dekan FSSH; Prof. Madya Dr. Raja Kamarulzaman Raja Ibrahim, mewakili Dekan FS; wakil-wakil fakulti, pengarah-pengarah seksyen, kumpulan projek Bahagian Pengurusan Aset (BPA), JTNCP dan Kontraktor Naturel Trading.

DSC
Prof. Sr. Dr. Kherun Nita Ali, Dekan FABU dan Prof. Madya Ts. Dr. Dayana Farzeeha Ali, Timbalan Dekan FSSH menerima replika kunci di Majlis Penyerahan Projek kepada pelanggan.

 

DSC
Kontraktor Naturel Trading menyerahkan replika kunci sebagai simbolik penyerahan projek siap kepada UTM.

Projek ini telah dimulakan pada 20 Disember 2021 dan telah siap secara keseluruhan pada 16 Mei 2024. Meskipun projek ini berjalan semasa dalam fasa pandemik Covid-19, ia telah berjaya disiapkan sepenuhnya dan diserahkan kepada pelanggan. Projek naik taraf ini melibatkan penyiapan 11 ruang dewan dan bilik kuliah, tiga makmal dan lapan tandas. Blok yang terlibat ialah B02, B05, B09, B10 dan C02 di FABU; C08 dan C10 di FS; C14, C15, D05 dan D06 di FSSH serta sebuah Dewan Kuliah di Blok P23. Jumlah keluasan kerja menaik taraf ini ialah 2,400 meter persegi. Skop kerja naik taraf ini meliputi penggantian kemasan lantai, siling, mengecat dinding, penggantian kelengkapan elektrik dan mekanikal serta keseluruhan kerja naik taraf tandas termasuk aksesorinya.

DSC
Majlis Penyerahan Projek dihadiri pihak fakulti dan kumpulan projek.

Sinergi kumpulan projek JTNCP, pihak fakulti dan kontraktor bagi merealisasikan projek naik taraf ini adalah antara inisiatif yang utama bagi mempertingkatkan keselesaan pelajar di dalam kampus dalam menyokong fokus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh utama universiti iaitu pelajar.

Penampilan baru persekitaran kondusif dengan variasi warna tema ruang P&P yang menyegarkan ini diharapkan dapat memberi pengalaman positif kepada para pelajar dalam menuntut ilmu demi mencapai kejayaan dan kecemerlangan di UTM.

WhatsApp Image at PM
Dewan Kuliah B (B10) & D (B09), Fakuliti Alam Bina & Ukur.

 

WhatsApp Image at PM
Dewan Kuliah A (B10) & C (B09), Fakuliti Alam Bina & Ukur.

 

WhatsApp Image at PM
Bilik Kuliah 4A, Blok C08, Fakulti Sains.

 

WhatsApp Image at PM
Studio Senibina, B02, Fakulti Alam Bina & Ukur.

 

WhatsApp Image at PM
Makmal Kimia Tak Organik 2, C10, Fakulti Sains.

 

WhatsApp Image at PM
Bilik Kuliah 15, C15, Fakulti Sains Sosial & Kemanusiaan.

 

WhatsApp Image at AM
Dewan Kuliah P23.
WhatsApp Image at PM
Tandas-tandas yang telah dinaik taraf.

 

 

Disediakan Oleh: Hariani Md Yunus & Haslizam Md Sali

Explore More