September 6, 2024

Search
Close this search box.
Kumpulan Projek UTM, Kontraktor dan Wakil PTJ bersama Pegawai Penguasa, Prof. Madya Tajul Arifin bin Musa selepas sessi pemeriksaan bersama siap kerja.

UTM giat usaha naik taraf fasiliti usang di blok MA1

JOHOR BAHRU, 30 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi telah meneruskan usaha kesinambungan ke arah pemantapan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna terutamanya pelajar-pelajar dengan penyiapan projek baik pulih fasiliti usang di kolej kediaman. Projek tersebut telah membantu UTM dalam inisiatif memastikan fasiliti usang yang terus dibaik pulih.

WhatsApp Image at PM ()
Keadaan tandas selepas proses menaik taraf.

Satu sesi pemeriksaan bersama siap kerja bangunan kolej kediaman ini telah dilaksanakan dan dihadiri oleh Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa selaku Pegawai Penguasa Projek, wakil pihak Kolej En. Hamdan Abdul Ghani, Pengarah Seksyen, Kumpulan Projek dan Pengarah Syarikat Kontraktor. Projek ini telah dimulakan pada 15 Januari 2024 dan disiapkan mengikut jadual pada 30 Jun 2024. Projek ini juga merangkumi pembaikan tandas bocor di Blok L12 dan Bangunan Dewan Serbaguna M01.

WhatsApp Image at PM ()
Keadaan tandas sedia ada sebelum proses menaik taraf.
WhatsApp Image at PM ()
Keadaan tandas sedia ada sebelum proses menaik taraf.
WhatsApp Image at PM
Keadaan tandas sedia ada sebelum proses menaik taraf.

Projek yang telah diserahkan adalah bangunan kolej kediaman blok MA1, Kolej Tun Tun Dr. Ismail (KTDI) yang merupakan bangunan blok 5 tingkat. Blok ini boleh menempatkan sejumlah 550 pelajar yang terdiri dari 120 bilik pelajar seorang, 258 bilik pelajar berdua serta 30 ruang tandas guna sama.

WhatsApp Image at PM ()
Kedaan luaran bangunan Blok MA1 selepas dinaik taraf.
WhatsApp Image at PM
Kedaan luaran bangunan Blok MA1 selepas dinaik taraf.

Skop kerja projek naik taraf ini termasuklah penggantian kemasan lantai tandas dan bilik pelajar, mengecat keseluruhan dinding dalam dan luar bangunan, penggantian bumbung bangunan, penggantian lengkapan elektrik dan aksesori tandas. Sinergi kumpulan projek Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP) dan kontraktor bagi merealisasikan projek naik taraf ini adalah antara inisiatif bagi mempertingkatkan keselesaan pelajar di dalam kampus bagi menyokong fokus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh utama Universiti iaitu pelajar.

WhatsApp Image at PM ()
Proses menaik taraf tandas Blok MA1 sedang proses pelaksanaan.
WhatsApp Image at PM
Pemeriksaan siap kerja oleh kumpulan projek
WhatsApp Image at PM
Pemeriksaan siap kerja oleh kumpulan projek.

Kali ini dengan tema cat dinding tumpu luaran hijau “Citrina” semoga penambahbaikan ini memberi ruang yang lebih kondusif dan manfaat yang positif buat para pelajar UTM serta reflek positif filosofi warna hjau kepada lambang ketenangan, kedamaian dan kesegaran.

Explore More