Julai 3, 2024

Search
Close this search box.
Sinergi kumpulan Projek BPA, Kontraktor dan Unit Residen yang sama-sama berganding bahu menyipakan projek K11

UTM komited sedia prasarana terbaik menerusi kerja naik taraf Kolej Tun Razak

JOHOR BAHRU, 27 Jun – Universiti Teknologi Malaysia (UTM) sekali lagi meneruskan usaha ke arah pemantapan perkhidmatan bagi memenuhi keperluan pengguna terutamanya para pelajar menerusi projek baik pulih fasiliti usang di kolej-kolej kediaman.

IMG
Sesi penyerahan projek kepada Unit Residen bagi sewaan kepada pelajar UTM

Majlis penyerahan bangunan kolej kediaman telah disempurnakan oleh Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset (BPA), Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa selaku wakil rasmi kepada Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) yang turut dihadiri Pengetua Kolej Tun Razak, Dr. Norhanim Abdul Samat, Pengarah-Pengarah Seksyen Bahagian Pengurusan Aset, Pengarah Seksyen Perkhidmatan, kakitangan Unit Residen UTM dan Kumpulan Projek serta Pengarah Syarikat Kontraktor.

WhatsApp Image at PM ()
Keadaan bilik pelajar selepas dinaik taraf

Projek yang telah diserahkan ialah blok K11 yang merupakan bangunan kolej kediaman pelajar yang terletak di Kolej Tun Razak (KTR) setinggi 5 tingkat. Blok ini mampu menempatkan sejumlah 550 orang pelajar dalam satu-satu masa dengan 120 bilik single, 258 bilik double serta 30 ruang tandas gunasama.

WhatsApp Image at PM ()
Keadaan bilik double pelajar selepas dinaik taraf

Skop kerja projek naik taraf ini termasuklah penggantian kemasan lantai tandas dan bilik pelajar, mengecat keseluruhan dinding di bahagian dalam dan luar bangunan, penggantian bumbung bangunan, penggantian kelengkapan elektrik dan aksesori tandas. Sinergi kumpulan projek JTNCP dan kontraktor bagi merealisasikan projek naik taraf ini adalah antara inisiatif untuk mempertingkat keselesaan pelajar di dalam kampus bagi menyokong fokus menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pemegang taruh utama universiti iaitu pelajar.

WhatsApp Image at PM ()
Suasana baharu untuk didiami memberikan keselesaan maksimum kepada pelajar

Dalam ucapan Prof. Madya Dr. Tajul, Pengerusi BPA memanjatkan kesyukuran ke hadrat Allah atas satu lagi kejayaan JTNCP dalam memastikan keselesaan serta keselamatan pelajar dapat terus dipertingkat. Usaha ini akan diteruskan untuk kolej lain pada masa akan datang selaras dengan keperluan dan jangkaan para pelajar dan Universiti.

ce b b edefd
Keadaan luar bangunan selepas dinaik taraf

Explore More