Disember 19, 2024

IMG

Kesedaran kesihatan dipertingkat melalui Program Sanjung Sihat di UTM KL

KUALA LUMPUR, 15 Mei– Pusat Kesihatan Universiti (PKU) UTM Kuala Lumpur telah mengadakan Program Sanjung Sihat di Dewan Tan Sri Ainudin Wahid bermula pada 8.00 pagi sehingga 1.00 petang. Terbuka kepada semua warga UTM KL, termasuk orang awam, pelajar, staf sehingga ke warga pesara UTM.

IMG
Ceramah kesihatan dari Dr Nagammai A/P Thiagarajan ; Pakar Perubatan Kesihatan Keluarga UD56 Subkepakaran Geriartik
IMG
Penyertaan dari Persatuan Warga Emas Setapak, Warga kerja UTMKL.
IMG
Kaunter saringan HPV untuk wanita berusia 30 tahun ke atas.

Aktiviti utama ialah pemeriksaan kesihatan dari Pejabat Kesihatan Titiwangsa, serta ceramah kesedaran tentang Dimensia, kempen berhenti merokok, saringan kekuatan otot,  saringan HPV dikalangan wanita, pemerikasaan mata, pemeriksaan gigi, saringan tahap kognitif dan keseimbangan, terdapat juga selingan teknik senaman kerusi yang sesuai di praktikan ketika berada di tempat kerja.

Sasaran Pusat Kesihatan Universiti UTM Kuala Lumpur ialah kepada yang berumur 40 tahun ke atas dan kepada yang berpenyakit kronik. Kaunter Pemeriksaan Kesihatan merupakan kaunter yang paling ramai di kunjungi oleh pengunjung. Ini kerana pemeriksaan tersebut akan mengenal pasti  masalah kesihatan pengunjung yang hadir. Kemudahan ini amatlah ditunggu tunggu bagi membolehkan mereka mendapat konsultasi percuma di kaunter pegawai perubatan dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

IMG
Penghargaan kepada pihak Big Pharmacy yang sudi menyertai Program Sanjung Sehat
WhatsApp Image at PM
Sinergi bersama Pejabat Kesihatan Titiwangsa, Persatuan Warga Emas, Pejabat Pendaftar UTMKL, Pusat Islam

Sesi ramah mesra Pengarah Hal Ehwal Pelajar (HEPA) bermula pada 9.40 pagi diselingi dengan pertandingan cabutan bertuah.

Turut terlibat dalam Program Sanjung Sihat ini, Pejabat Pendaftar, Pusat Islam UTMKL, Kumpulan Wang Persaraan (KWAP), Big Pharmacy, Persatuan ALUMNI (PAUTM), Nasi Lemak Saleha, Pusat Cermin Mata Nur-Ain, Isma Caterer, Klinik Pergigian Awani, Agenda Nasioanal Malaysia Sihat dan paling utama ialah dari Kementerian Kesihatan Malaysia.

IMG
Pemeriksaan pergigian berserta rawatan penskaleran kepada warga UTMKL
IMG
Kaunter pemeriksaan mata untuk staf yang terdedah kepada cahaya pantulan komputer.

Rata rata warga UTM Kuala Lumpur menyambut baik Program Sanjung Sehat anjuran Pusat Kesihatan Universiti. Kesedaran kepada semua warga UTM Kuala Lumpur tentang masalah kesihatan amatlah tinggi. Saringan ini dapat memastikan warga UTM sehat serta memantapkan lagi kesejahteraan kesihatan supaya dapat memacu tenaga untuk Universiti pada masa akan datang.

IMG
Turut terlibat Pesara UTMKL, Puan Siti Salamah binti Shihab
IMG
Pameran Kesihatan dari Klinik Pergigian Titiwangsa
WhatsApp Image at PM
Penghargaan Pusat Kesihatan Universiti kepada Staf Kementerian Kesihatan Malaysia, melalui Pengarah Hal Ehwal Pelajar & Alumni UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Dr. Aminuddin bin Hj Abu.

Jumlah Kehadiran Pengunjung:

354 (Berdaftar)
277 (Nama didaftarkan untuk cabutan bertuah – ditutup jam 10pagi)

Pecahan Kehadiran
Staf UTM: 295
Pesara/Pasangan Pesara/Tanggungan: 17
Pelajar: 12
Komuniti/Orang Awam: 30

Explore More