Disember 19, 2024

WhatsApp Image at x

JOHOR BAHRU, 7 Mei – Program tahunan Jazari Learning Day 2024 (JAZLEAD’24) anjuran Kelab Jazari Innovation telah berjaya dilaksanakan selama enam hari bermula 1 hingga 6 Mei 2024. Program ini bertujuan untuk mengasah pengetahuan ahli kelab dalam bidang elektrikal, mekanikal, dan pengaturcaraan, khususnya dalam bidang robotik, selain memperkukuhkan kemahiran insaniah serta pengetahuan tentang perkembangan industri semasa.

Sepanjang program ini, para peserta didedahkan dengan pelbagai modul pembelajaran praktikal. Modul elektronik memberi fokus kepada asas memateri dan pembuatan motor driver sendiri, manakala modul mekanikal melibatkan pembelajaran Solidwork Design dan 3D printing.

WhatsApp Image at
Sesi Modul Elektronik
WhatsApp Image at ()
Sesi Modul Mekanikal

Program tahun ini turut menyaksikan kolaborasi bersama UTM Alumni dengan menjemput alumni UTM untuk berkongsi pengetahuan mereka dalam bidang pengaturcaraan dan Printed Circuit Board (PCB) Design. Diantara mereka, Abdul Qayyum Bin Abd Rashid, seorang Cytron Product Engineer dan alumni UTM, telah mengajar asas Python Programming dan penerapan Rasp Pi Pico untuk mengatur Maker Line. Modul PCB Design pula, dijalankan oleh Abdul Salam Bin A Haris, seorang Cytron Design Engineer dan juga alumni UTM, menggunakan perisian KiCad.

IMG
Sesi Modul Pengaturcaraan oleh Abdul Qayyum Bin Abd Rashid
IMG
Sesi Modul PCB Design oleh Abdul Salam Bin A Haris

Selain sesi pembelajaran, program ini juga memberikan ruang kepada lima orang jurutera Cytron untuk berkongsi pengalaman. Daripada mereka, empat merupakan alumni UTM, iaitu Mohammad Khairul Bin Tajudin, Abdul Qayyum Bin Abd Rashid, Abdul Salam Bin A Haris, dan Ahmad Noqman Arif Bin Muzafar. Turut hadir bersama Asri Bin Ruslan, telah memperkongsikan pengalaman mereka sebagai jurutera dan perkembangan terbaru industri. Aktiviti luar seperti berkayak di Tasik Ilmu UTM dan trekking di Hutan Rekreasi UTM juga diadakan untuk menyegarkan badan dan minda, serta mengeratkan hubungan sesama ahli kelab.

WhatsApp Image at
Sesi Perkongsian Daripada Alumni Jazari

 

WhatsApp Image at
Aktiviti Kayak di Tasik Ilmu UTM

 

WhatsApp Image at ()
Aktiviti Trekking di Hutan Rekreasi UTM

Kemuncak program pada hari terakhir, 6 Mei 2024, menyaksikan para peserta berentap dalam pertandingan Line Following Robot. Peserta diberi tempoh sehari sebelum pertandingan untuk menyiapkan robot masing-masing. Majlis penutupan JAZLEAD’24 diteruskan dengan perasmian oleh Dr. Mohamad Amir bin Shamsudin, penasihat Kelab Jazari Innovation dan penyampaian hadiah.

IMG
Pembinaan Line Following Robot

 

IMG
Hari Pertandingan Line Following Robot

Program ini dilihat telah berjaya mencapai objektif yang ditetapkan. Para peserta diharapkan dapat meneruskan kecemerlangan dalam bidang akademik dan kemahiran teknikal mereka.

WhatsApp Image at
Kemeriahan semua peserta, kru dan jemputan

Explore More