Disember 22, 2024

imagineai

MyLinE UTM bakal bekerjasama dengan Imagine AI

JOHOR BAHRU, 28 Feb. – Pejabat MyLinE dari Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru telah berkunjung ke Imagine AI Sdn. Bhd. yang terletak di Iskandar Puteri untuk sesi lawatan industri serta mengenalpasti potensi berkolaborasi di antara kedua-dua pihak. Seramai 6 orang staf dari Pejabat MyLinE telah berkunjung ke sana yang diketuai oleh Pengurus MyLinE, Dr. Hema Rosheny Mustafa.

Lawatan hampir dua jam ini merangkumi sesi pengenalan teknologi AI – Kecerdasan buatan atau lebih dikenali sebagai Artificial Intelligence (AI) dari Imagine AI Sdn. Bhd. ini memainkan peranan penting dalam membuka mata dan mencetuskan idea-idea kolaboratif di antara kedua-dua entiti tersebut. Melalui lawatan ini, wakil-wakil UTM MyLinE dapat menyaksikan secara langsung aplikasi teknologi AI terkini yang ditawarkan oleh Imagine AI Sdn. Bhd. dan mengenal pasti bagaimana teknologi ini dapat digunakan untuk membantu pensyarah dalam meningkatkan proses pembelajaran dan pengajaran.

imagineai

Legasi MyLinE yang turut serta dalam sesi lawatan ini diperkenalkan dengan Ketua Pegawai Eksekutif Imagine AI Sdn. Bhd. iaitu Encik Edwin Loh dan beberapa staf yang terlibat secara langsung dalam pembinaan prototaip teknologi AI. Mereka diberikan penerangan terperinci berkaitan AI yang sedang digunapakai oleh pihak industri serta berpeluang melihat beberapa prototaip teknologi AI yang diperkenalkan oleh staf Imagine AI dan salah satu prototaip tersebut telah pun digunakan secara  meluas dalam industri.

Salah satu aspek yang diberi penekanan dalam mewujudkan kerjasama di antara MyLinE dan Imagine AI adalah bagaimana teknologi AI dapat disesuaikan dengan keperluan semasa dan cabaran dalam konteks pembelajaran dan pengajaran atas talian. Dengan mengenal pasti algoritma pembelajaran mesin sebagai potensi utama di samping penggunaan Guru AI sebagai rujukan pembelajaran kendiri, proses pembelajaran dan pengajaran atas talian mampu ditingkatkan.

Sesi perbincangan di antara dengan Encik Edwin dan Pejabat MyLinE sangat memberangsangkan dan membuahkan hasil positif. Melalui perbincangan ini, beberapa aspek telah pun dikenalpasti untuk kedua-dua pihak mewujudkan hubungan akademik dan industri.

 

Disediakan oleh: Abd Rahim Ahmad, Dr. Hema Rosheny Mustafa, Nurul Na’immah Hamdan, Rika Diana Busri & Nurhidayah Reman.

Explore More