Disember 19, 2024

Picture

Program GEORINTIS sinergi mahasiswa KTR bersama JTNCP

JOHOR BAHRU, 14 Feb. – Program Reviving Georintis Scholar’s Trails merupakan anjuran Jawatankuasa Kolej Mahasiswa, Kolej Tun Razak sesi 2023/2024 dengan kerjasama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP), Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Seramai 50 peserta yang terlibat terdiri daripada pelajar Kolej Tun Razak, barisan Pegawai dan staf JTNCP serta Majlis Felow Kolej Tun Razak telah menyertai program kebersamaan & sinergi di antara staf dan pelajar UTM ini. Program ini telah mendapat sokongan penuh dan jitu daripada pihak JTNCP dari awal perancangan program hingga pelaksanaan program selesai.

Perasmian oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset JTNCP, wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (Pembangunan).

Program ini dijalankan di Parkir Tasik Desa Bakti dan kawasan Scholar’s Trails UTM dan telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Tajul Ariffin Musa, Pengerusi Bahagian Pengurusan Aset JTNCP, wakil rasmi Timbalan Naib Canselor (Pembangunan). Prof. Madya Dr. Tajul bersama Pengetua Kolej Tun Razak, Dr. Norhanim Abdul Samat dan Saudari Nurin Sofiya Ahmad Nazri, selaku Pengarah Program Reviving Georintis Scholar’s Trails telah  menanam beberapa batang pokok sebagai simbolik perasmian Program  Reviving Georintis Scholar’s Trails.

Penanaman pokok sebagai tanda perasmian program.

Matlamat program ini ialah bagi memberikan kesedaran bersama dalam kalangan para pelajar mengenai nilai dan adab memelihara kelestarian alam sekitar dan membantu UTM untuk mengekalkan kelestarian alam sekitar selaras dengan matlamat UTM ke arah Georintis pelancongan. Aktiviti seperti ini juga dapat melahirkan masyarakat kampus yang sihat dan saling bantu-membantu antara satu dengan yang lain. Ia juga dapat memupuk nilai murni kelestarian dan dapat meningkatkan kesedaran terhadap kepentingan memelihara dan memulihara alam sekitar.

Pasa masa yang sama, program ini menerapkan salah satu daripada empat elemen teras ISES UTM iaitu Synergy (sinergi) melihatkan kepada kerjasama di antara pelajar iaitu JKM KTR bersama pengurusan universiti iaitu JTNCP sebagai inisiatif untuk membawa kejayaan kepada objektif Program Reviving Georintis Scholar’s Trails.

Peserta program bersama staf JTNCP yang terlibat dalam program ini.

Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak sesi 2023/2024 telah menjadi pelopor bagi program Reviving Georintis Scholar’s Trails kerana ia merupakan program yang pertama kali seumpamanya dianjurkan di UTM.

Diharapkan melalui program yang dianjurkan ini, ianya dapat meningkatkan kesedaraan kepada pelajar mengenai pentingnya hidup dalam lingkungan alam sekitar yang sihat, bernafas dalam udara yang bersih dan menggunakan sumber asli yang selamat. Pembangunan dan kemajuan fizikal, sosial dan ekonomi tidak akan mendatangkan apa-apa makna sekiranya kita gagal mengekalkan alam sekitar yang bersih, selamat, dan sihat untuk didiami.

Aktiviti pembersihan trail oleh mahasiswa KTR.

Dengan adanya penganjuran program sebegini, isu-isu alam sekitar akan dapat ditangani dengan berkesan melalui pendekatan yang meningkatkan kesedaran memulihara alam sekitar serta memberi pengiktirafan kepada pihak terlibat atau individu yang turut sama menjayakan usaha melestarikan alam sekitar. Diharapkan inisiatif ini dapat menyuntik kesedaran serta kefahaman khususnya generasi muda terutama sekali mahasiswa UTM dalam pemeliharaan dan pengurusan alam sekitar.

Peserta bersemangat menbersihkan trail.

 

Oleh: Faris Raziq bin Yusaini, Hemnaarth A/L Tanakaran dan Khairull Azmi bin Ishak

Explore More