Mei 1, 2024

Search
Close this search box.
WhatsApp Image at

Penyelidik Fakulti Sains UTM bangunkan mesin pengisar baja kompos

JOHOR BAHRU,  12 Feb. – Kesungguhan untuk mengurangkan sisa makanan terbuang telah mendorong sekumpulan penyelidik dari Fakulti Sains, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) membangunkan alat pengisar yang berkeupayaan menukar sisa makanan kepada baja kompos yang dapat menyuburkan tanaman.

WhatsApp Image at
Dr Huszalina Hussin bersama mesin pengisar sisa makanan dan pertanian yang mampu menghasilkan baja organik yang dibangunkan bersama dengan kumpulan penyelidik UTM.

Alat pengisar sisa makanan ini dibangunkan di bawah inisiatif projek Kejiranan Hijau Iskandar Puteri tajaan Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) dan telah digunakan secara berkesan pada lebih 25 projek kebun komuniti di sekitar kawasan kelolaan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) berkenaan.

Ketua Projek Kebun Komuniti Iskandar Puteri, Dr Huszalina Hussin berkata beliau dan kumpulannya memperoleh RM78,000.00 daripada ‘The United Nations Educational, Scientific and Cultural Organization’ atau UNESCO bagi membangunkan mesin ini bermula pada tahun 2018 hingga tahun 2019.

WhatsApp Image at ()
Dr Huszalina Hussin (bertudung hitam) memberikan penerangan mengenai mesin pengisar baja organik yang dibangunkan bersama kumpulannya.

”Tujuan utama pembangunan mesin ini adalah bagi menghasilkan baja organik dari sisa buangan makanan dan pertanian sekaligus membantu mengurangkan sisa domestik ini  dari terus mencemarkan alam sekitar. Di samping itu, projek ini juga mampu untuk membantu golongan B40 mengurangkan perbelanjaan dapur mereka melalui hasil tanaman kontan yang diperolehi seperti sayur-sayuran,” tambahnya lagi.

WhatsApp Image at
Baja kompos yang terhasil dari sisa domestik yang telah siap dikisar.

Pihak Dr Huszalina juga membangunkan mesin ini supaya dapat memindahkan pengetahuan penghasilan baja ini kepada komuniti umum bagi kegunaan mereka di masa hadapan.

”Setiap kali anda membuang sisa makanan yang berlebihan, pernahkah anda terfikir, ia sebenarnya boleh dikitar semula untuk menghasilkan baja organik. Bayangkan berapa banyak kawasan tapak pelupusan sampah yang dapat dijimatkan dengan mengitar semula sisa makanan untuk menjadikan baja kompos” ujarnya.

WhatsApp Image at ()
Dr Huszalina Hussin (tengah) bersama kumpulannya semasa program Sungai Buluh Rehabilitation Programme 2022.

”Di Malaysia, 45 peratus daripada keseluruhan komposisi sisa pepejal yang dibuang setiap hari terdiri daripada sisa makanan. Dengan membuat kompos sendiri ternyata ia dapat mengurangkan masalah pembuangan sampah selain dapat menjimatkan kos membeli baja kimia,” katanya lagi.

WhatsApp Image at
Dr Huszalina Hussin (kiri) bergambar dengan komuniti Flat Kangkar Pulai bagi projek kebun komuniti yang dijalankan di sana.

Explore More