Mei 3, 2024

Search
Close this search box.
JTNCP ISES

Usaha JTNCP terap penghayatan nilai ISES diiktiraf

Agenda menginstitusikan nilai ISES (Intergrity, Synergy, Excellence dan Sustainability) sememangnya menjadi agenda utama Jabatan Timbalan Naib Canselor (Pembangunan) (JTNCP). Bermula sejak awal tahun 2023 lagi pelbagai program dan aktiviti telah dirancang dan dilaksanakan secara tersusun bagi menginsititusikan nilai ISES ini di kalangan semua staf di JTNCP. Ini bagi memastikan setiap staf di JTNCP senantiasa menghayati nilai teras UTM ini dan mempratikkannya dalam kehidupan dan tugasa harian mereka di UTM.

Antara program-program yang telah dilaksanakan berkaitan menginstitusikan nilai ISES ialah Program Kebersamaan Keluarga BPA JTNCP, Majlis Bacaan Yassin, Program Kerohanian dan Mengaji Al-Quran, Merdeka Briskwalk dan Plogging, Program Team Building (Kerja Berpasukan), ceramah motivasi, ceramah pencegahan rasuah daripada Suruhanjaya Pengcegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Pelancaran UTM Fleet TipTop, Program Penyerahan Daging Sejuk Beku Kembara Korban 1001 Asnaf, JTNCP University Social Responsibility dan banyak lagi.

JTNCP sebagai sebuah PTJ yang bertanggungjawab menguruskan aset-aset Universiti serta memberikan pelbagai perkhidmatan kepada seluruh warga kampus UTM telah menjadikan elemen nilai ISES ini sebagai nilai utama ditetapkan dalam segala aspek aktiviti dan tugasan harian staf.

Langkah proaktif dalam menerapkan pelaksanaan amalan nilai ISES oleh JTNCP akhirnya mendapat pengiktirafan oleh pihak Universiti apabila dianugerahkan sijil pengiktirafan Penarafan Bintang ISES UTM dengan memperolehi lima (5) bintang, iaitu Bintang penuh bagi tahun 2023.

Sesi penyampaian sijil pengiktirafan ini telah disampaikan oleh Pendaftar UTM, Puan Hajjah Nor Azizah Ismail sempena majlis penutupan Fiesta ISES UTM 2023 yang berlangsung pada 19 dan 20 Disember 2023 yang lalu.

 

n
Sijil penarafan Lima Bintang bagi Kaji Selidik Pembudayaan Nilai Teras UTM (ISES).

Sijil penarafan ini diberikan kepada Pusat Tanggungjawab (PTJ) yang mempunyai bilangan staf yang paling ramai menjawab soal selidik berkaitan ISES oleh pihak Universiti. Ini merupakan satu kejayaan kepada seluruh warga JTNCP yang telah bersama-sama mendukung dan menghayati nilai ISES dalam semua aspek dan program yang dilaksanakan sepanjang tahun 2023.

Lebih manis lagi, pasukan JTNCP menerima dua lagi pengiktirafan lain dalam Fiesta ISES UTM apabila dinobatkan seabagi tempat  pertama dalam Pertandingan Booth Terbaik dan tempat ketiga bagi Pertandingan Monumen ISES. Ketiga-tiga kejayaan yang dicapai oleh pasukan JTNCP ini dilihat sebagai satu pengiktirafan besar pihak Universiti kepada warga JTNCP dan membuktikan  segala usaha dan kerjasama yang diberikan oleh seluruh warga JTNCP dalam menginstitusikan nilai ISES ini membuahkan hasil yang baik.

n

n

Reruai JTNCP yang bertemakan Sustainability dengan gabungan pelbagai flora dan fauna termasuk replika Telaga Air Akuifer Batuan  telah berjaya mengatasi lebih  30 buah reruai daripada pelbagai PTJ di dalam UTM. Manakala binaan monumen berupa arca KERIS, dengan gabungan pelbagai bahan terpakai di lapangan kerja warga JTNCP, telah berjaya menarik minat panel untuk mengangkat arca tersebut menjadi antara tiga (3) monumen terbaik yang dihasilkan dalam pertandingan berkenaan.

n
Replika Telaga Air Akuifer Batuan  yang dipertandingkan sewaktu Fiesta ISES 2023.
n
Arca ‘KERIS’ yang mendapat tempat ketiga.

Menjadi harapan pihak pengurusan JTNCP, kejayaan-kejayaan yang dicipta pada program Fiesta ISES 2023 ini akan menjadi pemangkin dan pembakar semangat kepada seluruh warga kerja JTNCP untuk mengimplementasi dengan lebih baik lagi dalam melaksanakan tugas dan tanggungjawab yang diamanahkan dengan penuh komitmen dan dedikasi serta terus berpegang kepada nilai teras ISES ini.

n

WhatsApp Image at PM

WhatsApp Image at PM ()

WhatsApp Image at PM

WhatsApp Image at PM

WhatsApp Image at PM

WhatsApp Image at PM ()

 

 

Explore More