November 22, 2024

Search
Close this search box.
Penutup

STEMNOVATE warnai pembelajaran STEM di SMK Taman Mutiara Rini 2

JOHOR BAHRU, 22 Jan. – SMK Taman Mutiara Rini 2 menjadi pusat perhatian apabila pelajar jurusan Pendidikan Kimia dan Matematik mengadakan Program STEMNOVATE, sebuah inisiatif untuk memperkenalkan dan mewarnakan pendidikan STEM di kalangan pelajar sekolah menengah.

STEMNOVATE, yang menggabungkan elemen STEM (Sains, Teknologi, Kejuruteraan, dan Matematik) dengan unsur inovasi, bertujuan untuk membawa pembelajaran STEM ke satu tahap yang lebih menarik dan praktikal.

Program ini dijalankan pada 22 Januari 2024, dan turut melibatkan 51 pelajar tingkatan 4 dari SMK Taman Mutiara Rini 2.

Dengan matlamat utama untuk membentuk asas kukuh dalam STEM sejak peringkat sekolah menengah, STEMNOVATE memfokuskan kepada tiga objektif utama.

Antara objektif tersebut termasuklah untuk membangkitkan minat pelajar dalam mata pelajaran STEM, memperlihatkan aplikasi praktikal STEM dalam kehidupan seharian, dan mendorong kerjasama serta kolaborasi melalui aktiviti projek STEM.

IMG

Program ini melibatkan penyertaan 21 orang pelajar Pendidikan Kimia dan 4 orang pelajar Pendidikan Matematik sebagai fasilitator. Sebelum program berlangsung, para fasilitator telah menjalankan beberapa pengujian untuk memastikan kelancaran aktiviti dan memperbaiki segala kelemahan yang mungkin timbul.

Pengujian dijalankan antara AJK Aktiviti bersama para fasilitator.

IMG

IMG

Antara aktiviti yang dirancang termasuklah pembentukan dan pengujian roket air (Epic Bottle Rocket), pembentukan dan pengujian belon udara panas (Belon Udara Panas), serta pembentukan jambatan straw dan penilaian kestabilan (Jambatan Straw Kukuh dan Stabil).

Menerusi Epic Bottle Rocket, para peserta diminta untuk melancarkan sebuah mini roket yang menggunakan bahan asas seperti botol plastik bersaiz kecil, serbuk penaik, dan juga cuka.

Hasil tindak balas antara serbuk penaik dan cuka membuatkan botol tersebut seolah-olah ‘terbang’ dan jarak antara dari pusat pelancaran ke tempat mendarat akan diambil kira dan menjadi markah penting kepada penentu kemenangan. 

IMG

IMG

IMG

IMG
Aktiviti Epic Bottle Rocket sebagai aktiviti pertama yang dilaksanakan.

Selepas tamat aktiviti pertama, aktiviti kedua yang dijalankan adalah aktiviti belon udara panas. Bahan asas yang diperlukan adalah plastik sampah, tisu bersalut lilin, dawai besi halus dan juga benang.

Para peserta diminta untuk menghasilkan belon udara panas mengikut arahan yang ditetapkan dan peringkat paling mencabar iaitu, peringkat pengujian adalah di mana para peserta perlu bekerjasama dalam mengapungkan belon udara panas tersebut dalam jangka masa yang lama.

IMG

DSC ()
Para peserta bertungkus-lumus dalam memastikan bahawa belon udara panas dapat terapung lebih lama di udara.

Aktiviti terakhir yang dilaksanakan adalah aktiviti jambatan straw. Dengan menggunakan straw, para peserta perlu membina sebuah jambatan mengikut daya kreativiti masing-masing agar dapat menampung sejumlah botol berisi air yang banyak.

Kepelbagaian reka bentuk dipersembahkan oleh para peserta dalam memastikan bahawa banyak botol air yang dapat ditampung di atas jambatan tersebut.

IMG

DSC

IMG

IMG
Daya kreativiti dalam membina jambatan mampu menampung sejumlah botol yang banyak di atasnya.

Majlis penutup kemudian diakhiri dengan penyampaian hadiah kepada pemenang cabutan bertuah dan juga pemenang bagi aktiviti Epic Bottle Rocket, belon udara panas dan juga jambatan straw.

Program ini telah memberikan impak positif kerana ianya dapat memperkenalkan aktiviti STEM yang boleh dijalankan di rumah dengan mudah di samping dapat melatih pelajar untuk merancang penyelesaian masalah berkaitan STEM.

Gandingan kerjasama semua pihak terutama En. Shahrin selaku pensyarah pembimbing dan warga SMK Taman Mutiara Rini 2 telah banyak membantu meluncurkan perjalanan dan gerak kerja program anjuran kursus Sosiologi Pendidikan ini.

STEMNOVATE membuktikan bahawa pembelajaran STEM yang dinamik dan inovatif mampu menarik minat pelajar dan merancakkan perkembangan bidang sains dan teknologi terutama dalam kalangan generasi muda di negara ini.

IMG

IMG

IMG

IMG

IMG

IMG

DSC

Explore More