Disember 22, 2024

MERSING, 25 Dis. – Sekretariat Anak Johor Darul Ta’zim (SEJATI) telah menganjurkan kem NEXGEN: Kepimpinan dan Jati diri di Kem Teluk Gorek, Mersing, Johor dengan kerjasama penuh Yayasan Penyayang Iskandar Puteri. Kem yang berlangsung selama dua hari bermula 22 hingga 23 Disember 2023,melibatkan 50 pelajar UTM.

Penganjuran kem kepimpinan ini adalah untuk meningkatkan keupayaan memimpin dalam kalangan mahasiswa ini telah dirasmikan oleh oleh Pengerusi Biro Belia dan Kemahiran, Yayasan Penyayang Iskandar Puteri, Encik Mohd Muzhaffar Ra’il. Satu sesi bual bicara bersama ahli majlis Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP), Puan Nur Diyana Ra’il selain slot para peserta mendapat peluang untuk membentangkan idea berkaitan program Anak Muda Maju Johor kepada beliau dalam bentuk saranan kepada Kerajaan Negeri dapat membangunkan program yang berfokuskan pembangunan belia secara menyeluruh. 

Peserta-peserta membentangkan idea bagi pembangunan program Anak Muda Maju Johor.
Peserta-peserta membentangkan idea bagi pembangunan program Anak Muda Maju Johor.

Kem kepimpinan NEXGEN sarat dengan pelbagai aktiviti antaranya “Archery Combat”, masakan rimba dengan bimbingan fasilitator dari Yayasan Penyayang Iskandar Puteri.

 Aktiviti “Archery Combat”.

Kem kepimpinan yang melibatkan generasi muda bersama wakil agensi tempatan seperti ini wajar untuk diteruskan kerana melaluinya dapat membuka ruang kepada pelapis negar menyuarakan pendapat yang berguna di samping menajdi wadah dalam melahirkan generasi mahasiswa yang berketerampilan dan bersahsiah tinggi.

 

 

 

 

Explore More