April 28, 2024

Search
Close this search box.
Qari Qariah

Hadi, Farah Dinobatkan Sebagai Qari dan Qariah UTM 2024

JOHOR BAHRU, 11 Jan – Exco Kerohanian Kelab Pentadbiran dan Pembangunan Tanah, Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) bersama Institusi Pembangunan Felow (IPF), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) serta Pusat Islam UTM telah menganjurkan program Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UTM buat julung kalinya . Program ini telah berlansung dengan jayanya di Dewan Konvensyen Fakulti Alam Bina dan Ukur, UTM.

WhatsApp Image at AM
Barisan Ahli Jawatankuasa Program Musabaqah Tilawah Al-Quran

Program ini bertujuan untuk mencungkil bakat warga UTM dalam memperdengarkan bacaan Al-Quran serta melahirkan rasa kecintaan dan menjadikan Al-Quran sebagai panduan hidup. Program ini terhad kepada 30 orang peserta sahaja dari kalangan warga UTM.  Semua peserta telah diberikan kelas mengaji percuma secara atas talian. Peringkat pra-saringan telah dilakukan dan hanya 10 orang peserta sahaja yang layak ke peringkat akhir.

Program ini telah dirasmikan oleh YBrs. Prof. Madya Dr. Azlan Abdul Latib, Pengarah Aktiviti dan Pembangunan Pelajar, Jabatan Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar & Alumni) (JTNC HEPA). Antara barisan VIP yang turut hadir bersama adalah Prof. Madya Dr. Ahmad Che Yaacob, Pengarah Pusat Islam; Prof. Madya Dr. Mohd Haizal Jamaluddin, Pengerusi IPF; dan En. Arman Md Yasin, Ketua Pentadbiran JTNC HEPA. Kira-kira 130 orang penonton telah hadir untuk memeriahkan lagi program ini.

WhatsApp Image at AM
VIP bersama 10 orang Peserta Peringkat Akhir Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UTM

Dalam ucapan YBrs. Prof. Madya Dr. Azlan menyatakan bahawa kejayaan dan kecemerlangan diri tidak hanya diukur pada aspek akademik dan kerjaya semata-mata. Hal ini kerana di dalam Falsafah Pendidikan Kebangsaan dinyatakan kecemerlangan pendidikan adalah satu usaha berterusan ke arah lebih memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk melahirkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani. Perkara inilah dianggap dapat membantu menghadapi cabaran hebat dalam kehidupan masa kini yang sangat mencabar.

Seramai empat orang ustaz dari Pusat Islam UTM telah dilantik menjadi juri untuk menilai para peserta dari segi suara, tajwid, taranum dan fasohah. Panel-panel juri program ini ialah Ustaz Panji Alam Mazhisham, Ustaz Mohd Yusoff Mohd Rawi, Ustaz Haizal Iqbal Mohd Kamal dan Ustaz Mohd Firdaus Pazim.

WhatsApp Image at AM
Barisan Juri Musabaqah Tilawah Al-Quran Peringkat UTM 2024

Qari dan Qariah telah menerima wang tunai sebanyak RM500 beserta sijil penghargaan. Qari iaitu Muhammad Hadi Rosli merupakan pelajar tahun tiga dari Fakulti Kejuruteraan Awam manakala Qariah adalah Farah Nur Ain Ismail merupakan pelajar tahun empat dari Fakulti yang sama.  Tahniah diucapkan kepada kedua-dua pemenang.

WhatsApp Image at AM ()
Farah dinobatkan sebagai Qariah dan membawa pulang wang tunai RM500 dan Sijil Penghargaan

Selari dengan tema Program ‘Generasi Al-Quran, Generasi Rabbani’, diharapkan program seumpama ini dapat mencorakkan dan membina generasi hari ini menjadi generasi Rabbani yang dapat melaksanakan seluruh tuntutan Al-Quran dalam kehidupan dengan menjadikan Al-Quran sebagai petunjuk dan neraca dalam menentukan kebenaran dan kebatilan.

WhatsApp Image at AM
Hadi dinobatkan sebagai Qari dan membawa pulang wang tunai RM500 dan Sijil Penghargaan

Explore More