Disember 4, 2024

Search
Close this search box.
CCIN

JOHOR BAHRU, 17 Jan. – 20 projek libat sama komuniti berimpak tinggi sepanjang tahun 2023 anjuran Universiti Teknologi Malaysia (UTM) mencatatkan penarafan 5 bintang.

Kecemerlangan ini adalah bukti prestasi luar biasa dan komitmen tinggi dari para penyelidik UTM terhadap kemajuan dan pemerkasaan sosial masyarakat.

CCIN
Peratus peningkatan impak berdasarkan teras strategik.

Menurut Pengarah Pusat Jaringan Komuniti dan Industri (CCIN), Prof. Madya Dr. Johari Surif, salah satu langkah khusus yang diambil oleh CCIN selaku entiti pengurusan yang bertanggungjawab adalah melalui inisiatif pemberian Dana Insentif “KTP Upgrade”.

“Inisiatif ini dirancang untuk menaiktaraf projek-projek berkualiti yang memiliki impak positif yang signifikan, di samping memperkuat upaya dalam meningkatkan kesejahteraan masyarakat.

Drone Edu Challenge IR 4.0.

“Antara projek yang memberikan impak positif yang signifikan kepada masyarakat adalah seperti Projek Pemindahan Ilmu Penyelenggaraan Sistem Hidroponik dan Sistem Solar kepada komuniti Pangsapuri Jasa, pembangunan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ) dan Drone Edu Challenge IR 4.0.

Pemindahan Ilmu Penyelenggaraan Sistem Hidroponik dan Sistem Solar kepada komuniti Pangsapuri Jasa.

Keberhasilan ini memberikan inspirasi kepada penyelidik UTM untuk terus menghasilkan inisiatif-inisiatif projek berimpak tinggi kepada komuniti di masa depan.

CCIN
Pembangunan Modul Keluarga Sejahtera Negeri Johor (MKSNJ).

Inisiatif seperti Dana Insentif “KTP Upgrade” adalah contoh nyata komitmen UTM untuk menjadi agen perubahan positif dalam masyarakat, sesuai dengan falsafah “Kerana Tuhan Untuk Manusia.”

Oleh: Siti Nur Hafizah Soid dan Nur Mazdiana Mohd Noor Azizaman

Explore More