Mei 1, 2024

Search
Close this search box.

Inisiatif “Dapur KTHO” membantu pelajar B40

JOHOR BAHRU, 15 Dis.– Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Hussein Onn (JKM KTHO) sesi 2023/2024 telah mengadakan program Dapur KTHO Prihatin bertempat di Dewan Sri Merbau, Kolej Tun Hussein Onn.

Tujuan utama program ini dilaksanakan adalah untuk membantu meringankan beban pelajar KTHO yang berasal daripada keluarga berpendapatan rendah (B40). Siri pertama ini telah dijayakan oleh pihak JKM KTHO, Majlis Felow Kolej Tun Hussein Onn, krew program, sukarelawan bersama dengan mahasiswa dan mahasiswi KTHO. Makanan yang disajikan dalam Dapur Prihatin edisi kali ini ialah mee goreng basah.

Lampiran merupakan gambar peserta, Dr. Mohd Farizal selaku tetamu jemputan dan saudara Firdaus, pengarah Dapur KTHO sewaktu penerimaan makanan berlangsung.
Dr. Mohd Farizal selaku wakil Majlis Felow KTHO dan saudara Firdaus, pengarah Dapur KTHO sewaktu penyerahan makanan berlangsung.

Majlis perasmian Dapur KTHO Prihatin yang berlangsung di Dewan Sri Merbau dimulakan dengan ucapan daripada pengarah program iaitu, Muhammad Nur Firdaus Osman manakala perasmian program telah disempurnakan oleh Dr. Mohd Farizal selaku wakil pengetua KTHO dan tetamu jemputan Dapur KTHO.

“Saya melihat program ini sedikit sebanyak mampu membantu pelajar B40 yang berada di KTHO. Mungkin ada di antara mereka yang mungkin terpaksa bekerja dan ikat perut kerana mahu berjimat. Saya berharap agar program seperti ini akan terus dijalankan di KTHO pada masa akan datang.” Ujar Dr Farizal.

Program ini juga membantu kepada pencapaian Matlamat Pembangunan Mampan 1 (SDG 1) iaitu tiada kemiskinan dimana Dapur KTHO Prihatin telah membantu memberi makanan dan minuman kepada lebih 150 orang pelajar yang tinggal di KTHO.

Tuntasnya, atas kerjasama JKM KTHO, Majlis Felow KTHO serta ahli-ahli Dapur KTHO, program ini telah berjaya dilangsungkan dengan sangat lancar dan teratur. Program ini juga telah mencapai objektif utama iaitu bagi membantu meringankan beban pelajar daripada keluarga yang berpendapatan rendah.

IMG
Ahli jawatankuasa dan pihak Majlis Felow turut serta dalam aktiviti memasak

Diharapkan melalui program Dapur KTHO Prihatin kali ini dapat membantu meringankan beban dan menggalakkan sikap tolong-menolong dalam diri pelajar. Seterusnya, menjadikan KTHO sebagai kolej yang cemerlang dan terbilang dari segi akademik dan kokurikulum.

WhatsApp Image at ead
Sesi pengagihan makanan yang dilaksanakan di Dewan Sri Merbau, KTHO.

 

Disediakan oleh: Auji Aziemah binti Mohd Razif (Penulis), Muhammad Nur Firdaus bin Osman (Penyunting)

Explore More