Mei 5, 2024

Search
Close this search box.
Screenshot at  AM

Service learning: STEM Matematik dan Kejuruteraan

Screenshot at  AM

JOHOR BAHRU, 25 Nov. – Seramai 29 pelajar kursus Pendidikan Sosiologi, SHPP 4062-04 telah menjalankan program pembelajaran servis (service learning) di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Selesa Jaya 2, Johor Bahru. Program ini telah berlangsung selama 1 hari dan di bawah penyeliaan pensyarah kursus, Dr Roslizam Hassan.

Program ini melibatkan 70 murid sebagai komuniti sasaran dalam menyertai program yang bertemakan Pendidikan STEM Matematik & Kejuruteraan. Kumpulan murid dipilih berdasarkan prestasi akademik mereka supaya bersesuaian dengan tema program.

Program ini mempunyai lima objektif iaitu (1) menarik minat murid di sekolah terhadap mata pelajaran sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM); (2) mengembangkan kreativiti dan inovatif murid; (3) meningkatkan kemahiran berfikir dan penyelesaian masalah; (4) meningkatkan kemahiran insaniah murid terutamanya dalam kemahiran komunikasi dan kerjasama kumpulan dan (5) menjadi platform kepada murid dalam membudayakan kerja cemerlang, kreatif dan berinovatif.

Bagi mencapai matlamat pelaksanaan program ini, murid dibahagikan kepada dua kumpulan besar dan menyertai aktiviti-aktiviti yang disediakan oleh para fasilitator. Aktiviti-aktiviti tersebut dihasilkan oleh 29 pelajar yang menumpukan kepada dua bidang daripada STEM iaitu Kejuruteraan dan Matematik. Aktiviti-aktiviti tersebut ialah (1) Young Scientist (belon udara panas); (2) Tower Building; (3) Rescue Me (Selamatkan Humpty Dumpty) dan (4) Fun Learning in Mathematics (FLIM).

IMG
Aktiviti 1: Young Scientist (belon udara panas). Fasilitator (pelajar UTM) sedang menunjukkan cara bagi menerbangkan belon udara
IMG
Aktiviti 2: Tower Building. Peserta program (murid) tekun membina menara daripada straw
Screenshot at  AM
Aktiviti 3: Rescue Me (Selamatkan Humpty Dumpty). Murid-murid bekerjasama bagi membina payung terjun yang boleh menyelamatkan telur ayam daripada pecah apabila dijatuhkan daripada tempat tinggi

 

IMG
Aktiviti 4: Fun Learning in Mathematics (FLIM). Murid-murid dibantu oleh para fasilitator dalam menyelesaikan beberapa aktiviti penyelesaian masalah berkaitan Matematik.

Program ini secara keseluruhan telah berjaya membuka minda kepada semua murid yang terlibat untuk mendalami dan meluaskan pengetahuan dalam bidang STEM dengan melibatkan diri dalam aktiviti pembelajaran yang menarik dan berbentuk hands-on. Semoga usaha kecil pelajar-pelajar UTM ini dalam memberi impak yang besar kepada murid-murid untuk meminati mata pelajaran STEM dan seterusnya cemerlang dalam akademik dan juga sahsiah.

Explore More