Jun 29, 2024

Search
Close this search box.

KUALA TERENGGANU, 1 Nov. – Sepanjang bulan November 2023, Program Jelajah Kasih 2.0 Pantai Timur telah diadakan bagi meringankan beban pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Kuala Lumpur. Tujuan lawatan Jelajah kasih ini dapat membina hubungan dua hala antara penerima bantuan, iaitu pelajar dengan staf di Jabatan Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA).

Melalui lawatan ini, pihak HEPA telah mendapatkan maklumat secara terus daripada keluarga penerima, memandangkan pelajar sahaja yang sering berurusan dengan pihak HEPA semasa di kampus.

Hasil dari lawatan ini mendapati pelajar merasa terbeban dengan kos sara hidup di Kuala Lumpur hingga ada yang melakukan kerja separuh masa di kompleks membeli belah, dan ada juga pelajar yang hampir berputus asa dengan pembiayaan yuran yang perlu dibayar kepada pihak Universiti.

 Rumah Pelajar di Mengkuang, Bera Pahang.

Turut menyertai Program Jelajah Kasih 2.0 ini, Pengarah Hal Ehwal Pelajar & Alumni (HEPA) UTM Kuala Lumpur, Prof. Ir. Ts. Dr. Aminudin bin Hj Abu, yang telah turun ke lapangan untuk bertemu keluarga pelajar di kawasan sekitar Terengganu.

Pada masa yang sama, Pihak HEPA juga telah menyenaraikan inisiatif bantuan yang boleh dijadikan rujukan pelajar. Bantuan tersebut seperti bantuan makanan, serta bantuan pengurangan yuran.

Rumah pelajar di Ajil, Terengganu.
Rumah pelajar di Kg Losong Feri, Kuala Terengganu.
Mengunjungi rumah pelajar di Pasir Mas, Kelantan.

Pihak HEPA berharap program ini dapat memberi semangat untuk pelajar bagi meneruskan pelajaran.

Sokongan dan dorongan dari Pihak HEPA dalam hal ini amatlah diperlukan pada masa kini agar pelajar tidak berasa terpinggir atau menjadikan alasan tidak dapat menyambung pengajian kerana masalah kewangan.

 

Explore More