Disember 22, 2024

Program CERIA dedah risiko bencana kawasan rekreasi air

JOHOR BAHRU, 24 Okt. – Geoscience and Digital Earth Science (INSTeG), Research Institute for Sustainability and Environment (RISE), Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah menganjurkan Program Khidmat Komuniti Pendidikan Celik Riadah Air (CERIA) di Fakulti Alam Bina dan Ukur (FABU) baru-baru ini.

Program pendendahan risiko bencana kawasan rekreasi air berkenaan telah disertai seramai 25 orang pelajar Tingkatan 4 dari SMK Dato’ Yunos Sulaiman, Pontian, Johor.

Program CERIA ini bertujuan untuk memberi pendidikan kepada golongan sasar utama, iaitu remaja sekolah yang terdedah kepada risiko bencana di kawasan rekreasi air termasuk air terjun, sungai dan pantai.

Program yang telah dirasmikan oleh Pengarah INSTEG, Prof. Madya Ts. Gs. Dr. Mohd Nadzri Md Reba telah diketuai oleh Dr. Mohd Rizaludin Mahmud selaku felo penyelidik INSTeG, dan staf INSTeG, Puan Nurul Nadiah Yahya dan Encik Mohd Taufik Razali dan dibantu oleh pelajar-pelajar di bawah program Sarjana Muda Sains Geoinformatik sebagai fasilitator.

Antara fokus terkini INSTeG adalah ke arah khidmat komuniti pendidikan kepada golongan sasar yang mana dalam program ini, remaja sekolah telah diberi modul yang direka khas untuk pendidikan riadah air selamat meliputi pengetahuan mengenai fenomena risiko bencana di kawasan riadah air, langkah keselamatan, serta teknologi terkini yang terlibat di dalam pemantauan, cerapan, dan ramalan.

Para peserta juga telah dibawa melawat beberapa tempat di sekitar kampus diiringi oleh fasilitator. Antara tempat yang telah dilawati adalah bangunan Canselori, Perpustakaan Sultanah Zanariah dan galeri FABU. Para pelajar yang mengikuti program ini berpeluang memperoleh ilmu pengetahuan tentang teknologi geospatial yang terlibat di dalam mengesan, memantau, dan meramal fenomena ekstrem.

 

Explore More