Disember 22, 2024

MANTRA 2: Platform JKM KRP perkasa pengurusan lebih efisien

JOHOR BAHRU, 21 Okt. – Majlis Felo Kolej Rahman Putra telah menganjurkan Kem Pemantapan Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Rahman Putra (MANTRA 2 JKM KRP) bermula dari 19 sehingga 21 Oktober bertempat di Dewan Sri Meranti. Seramai 23 JKM KRP telah mengikuti program ini.

Penganjuran MANTRA 2 adalah bertujuan untuk memantapkan JKM KRP sesi 2022/2023 terutama daripada aspek perancangan strategik aktiviti pembangunan pelajar agar ia sejajar dengan bidang pengkhususan Majlis Felo KRP.

Pengisian MANTRA 2 berfokuskan kepada modul-modul pengurusan pembangunan pelajar seperti Forum Terma Rujukan JKM KRP, Taklimat Kertas Kerja, Laporan Program dan Kewangan, Penghasilan Kandungan Digital Media Sosial, Etiket dan Protokol, Penulisan Berita, Media dan Publisiti, Reka Bentuk Poster dan e-Sijil, dan Kepentingan Pengurusan Data Kolej Secara Berpusat.

Program ini dilihat turut memberi impak positif kepada JKM KRP itu sendiri terutama dalam aspek Matlamat Pembangunan Mampan (SDG). Melalui program ini, mereka akan menerima impak SDG berkait Pendidikan Berkualiti serta Keamanan, Keadilan, dan Pertumbuhan Kukuh dengan mewujudkan pengurusan organisasi yang lebih utuh dan jitu.

Program MANTRA 2 sesi 2022/2023 KRP adalah satu langkah penting dalam memperkukuhkan hubungan antara Majlis Felo KRP, JKM KRP dan Entiti Pengurusan KRP sekali gus memastikan pengurusan kolej berjalan dengan lebih lancar dan efisien.

Explore More