April 29, 2024

Search
Close this search box.

Adam’s Seagrass Adventure! simbolik komitmen UTM pupuk kepentingan rumput laut

ISKANDAR PUTERI, 23 Okt. – Satu sesi penyerahan Buku Adam’s Seagrass Adventure! kepada pihak Majlis Bandaraya Iskandar Puteri (MBIP) telah berlangsung di sini hari ini sebagai satu simbolik komitmen penyelidik UTM dalam memupuk kepentingan kawasan rumput laut.

Sesi ini dihadiri oleh ketua projek, Dr. Nur’ain Balqis Haladin, wakil ahli projek, Dr AizuddinSupee, wakil Kelab Alami, Puan Nur Syazwani Ali dan Cik QiQi, serta wakil panel Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 2.0 yang terdiri daripada Encik Safwan Shaari (MBIP), Dr. Nina Diana Nawi (UTM), dan Encik Mohd Aizad Osman (SWM).

Penyerahan buku oleh Ketua Projek, Dr. Nur’ain Balqis Haladin kepada wakil MBIP, Encik Safwan Shaari.

Tujuan utama penghasilan buku ini adalah untuk memberi kesedaran kepada komuniti terutamanya generasi muda tentang kepentingan memelihara kawasan rumput laut melalui buku cerita kanak-kanak. Buku ini menceritakan kisah pengembaraan Adam dan rakan-rakan ke padang rumput laut di Tanjung Kupang. Sepanjang pengembaraan, mereka mempelajari tentang rumput laut, jenis-jenis rumput laut, kepentingan rumput laut serta ancaman terhadap rumput laut.

Penerbitan buku ini merupakan inisiatif yang dapat memberi impak terhadap kesedaran kanak-kanak tentang kepentingan rumput laut kepada alam sekitar terutamanya merendahkan karbon.

Penghasilan buku ini merupakan salah satu projek di bawah Geran Komuniti Iskandar Puteri Rendah Karbon 2.0. Ahli projek geran ini terdiri daripada pensyarah kanan dan guru bahasa UTM; Dr. Farhana Abu Bakar, Dr. Yasmin Hanafi Zaid, Dr. Hema Rosheny Mustafa, Dr. Aizuddin Supee, Dr. Sabrinah Adam dan Puan Shalini Srika.

Penasihat utama projek ini adalah pensyarah di National University of Singapore yang juga merupakan penasihat Kelab Alami, Dr. Serina Rahman. Di samping itu, dua orang ahli Kelab Alami turut menjadi ahli projek ini, iaitu Cik Zurina Jaafar dan Puan Nur Syazwani Ali.

Explore More