Mei 5, 2024

Search
Close this search box.

Academic Boot Camp 4.0 suntik semangat 83 orang pelajar UTM

MERSING, 21 Okt. -Sekolah Pengajian Prasiswazah (UGS) telah menganjurkan Program Academic Bootcamp “Metamorfosis – Anjakan Perubahan” selama 3 hari bermula 19 sehingga 21 Oktober  di Teluk Gorek Chalet and Campsite, Mersing Johor.

Seramai 83 orang pelajar Universiti Teknologi Malaysia (UTM) daripada pelbagai fakulti telah dipilih menyertai program ini.

Program ini dianjurkan bertujuan untuk membantu pelajar dalam pengurusan diri, mental dan masa agar mereka dapat memberi fokus kepada pembelajaran dan tanggungjawab sebagai seorang pelajar.

Boot Camp siri yang keempat ini adalah berbeza dengan siri Boot Camp yang terdahulu kerana terdapat pertambahan modul komunikasi dan penggunaan teknologi terkini yang efektif di samping modul pengurusan masa dan kaedah pembelajaran efektif yang sedia ada.

Walaupun datang daripada fakulti yang berbeza-beza, para pelajar telah berjaya melengkapkan semua modul dan tugasan yang telah dirangka dengan mengaplikasikan cara berkomunikasi dan bekerjasama di dalam kumpulan bagi setiap modul yang telah diberikan.

Selain itu, program ini juga telah memberi fokus kepada penyediaan “Vision Board” yang bertujuan untuk menerapkan motivasi dan sikap positif ke arah kecemerlangan dalam diri pelajar agar mereka lebih bersemangat untuk memperbaiki pencapaian akademik mereka dan seterusnya berusaha untuk mencapai “Vision Board” yang telah disediakan sebagai panduan.

Program seperti ini amat baik jika diteruskan pada setiap semester bagit membantu pelajar-pelajar bangkit semula dan bersemangat untuk bergraduasi dengan cemerlang sekali gus membolehkan mereka mendapatkan perkerjaan dengan gaji yang premium melalui modul-modul kemahiran softskills lain yang telah dirangka bersesuaian dengan keperluan semasa bagi setiap semester.

Explore More