April 28, 2024

Search
Close this search box.

GuardExpert Pro (GEP) tawarkan sistem pemantauan berkesan dalam rondaan kawalan keselamatan bangunan

Sistem keselamatan bangunan ialah satu set langkah dan teknologi bersepadu yang direka khusus untuk melindungi bangunan, penghuni dan asetnya daripada pelbagai ancaman dan risiko.

Tujuan utama sistem keselamatan bangunan adalah untuk mewujudkan persekitaran yang selamat dan terjamin dengan mengesan dan bertindak balas terhadap sebarang yang diakibatkan oleh pelanggaran keselamatan, kecemasan atau akses tanpa kebenaran.

Sistem keselamatan bangunan boleh berbeza diantara satu bangunan itu dengan bangunan lainnya bergantung pada keperluan dan jenis aktiviti yang dijalankankan di dalam bangunan tersebut.

Menyedari kepentingan sistem keselamatan yang padu dapat menjamin keselamatan secara menyeluruh penghuni dan bangunan itu sendiri, sekumpulan penyelidik dari Fakulti Kejuruteraan Elektrik, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) telah membangunkan sistem kawalan keselamatan yang dapat menjamin keselamatan bangunan mengikut piawaian terkini.

Bagi mendapatkan pencerahan berkenaan produk yang dinamakan ’GuardExpert Pro’ atau GEP ini, Pejabat Strategi dan Hal Ehwal Korporat (HEK) telah mengadakan satu sesi wawacara berkenaan dengan produk kawalan keselamatan bangunan yang dibangunkan oleh Dr. Mohd Adib Sarijari bersama sekumpulan ahli akademik dan penyelidik dari fakulti yang sama.

Produk ini dibangunkan khusus untuk memantau rondaan yang dilakukan oleh pengawal keselamatan.  Aplikasi yang berfungsi secara ‘Real-time’ ini dapat memberikan maklumat rondaan kepada penyelia/pegawai tepat pada masa rondaan dilakukan supaya dapat memantau dengan lebih efektif berbanding dengan sistem yang digunakan kini yang tidak memberikan ruang untuk pemantauan secara tepat.

Selain memberikan maklumat yang tepat berkenaan dengan butiran rondaan, penyelia atau pegawai keselamatan juga dapat memantau pengawal keselamatan yang bertugas dan mengambil tindakan sewajarnya jika tiada rondaan dibuat pada waktu yang telah ditetapkan.

Setiap dari pengawal keselamatan bertugas diberikan peranti yang boleh digunakan untuk menyentuh atau ‘clocking’ di setiap ’point’ rondaan setiap kali membuat rondaan di waktu yang telah ditetapkan.

‘Clocking’ adalah istilah yang digunakan untuk merekod lawatan di setiap point rondaan yang telah ditetapkan untuk setiap pengawal keselamatan.  Penyelia atau pegawai keselamatan boleh memantau rekod rondaan setiap kali clocking dilakukan dan data akan terpapar pada masa yang sama.

Pegawai atau penyelia keselamatan boleh memantau butiran rondaan di tempat atau pejabat keselamatan masing-masing dan membuat panggilan/teguran jika ada point yang tertinggal semasa rondaan.

Ini bagi membolehkan pemantauan rondaan yang efektif dapat dijalankan sekaligus menutup ruangan kelemahan yang membolehkan penjenayah ataupun orang yang tidak bertanggungjawap dari mengambil kesempatan seterusnya melakukan jenayah pencerobohan terhadap premis yang diduduki.

Butiran rondaan juga boleh disimpan dan dicetak sekiranya keadaan memerlukan (terdapat kes pencerobohan dilaporkan dan maklumat diminta oleh pihak polis untuk tujuan penyiasatan.

Produk ini berfungsi dengan cara ’Real-Time’ iaitu memberikan rekod butiran rondaan pada waktu sama ketika pengawal keselamatan meronda dan butiran ini boleh boleh dilihat oleh pegawai/penyelia keselamatan yang bertugas pada waktu itu.

Kebanyakan produk kawalan keselamatan bangunan yang ada pada hari ini masih menggunakan sistem lama iaitu sistem kunci (pengawal masuk dan pusingkan kunci pada kotak kunci yang disediakan) dan sistem ini boleh dimanipulasikan apabila syarikat keselamatan membuat tuntutan bulanan kepada organisasi yang menggunakan khidmat mereka.

Produk kawalan keselamatan yang berada di pasaran juga tidak membolehkan penyelia/pegawai untuk memantau dengan lebih efektif kerana kesemua produk ini tidak mempunyai sistem pemantauan secara ’Real-Time’ dengan kebanyakan rekod-rekod rondaan hanya boleh diteliti selepas waktu rondaan habis. Dalam hal ini, ketirisan boleh berlaku.

Pengawal keselamatan yang bertugas juga tidak dapat dipantau dengan baik dan ada juga kes berlaku di mana pengawal keselamatan yang bertugas mati dalam waktu tugas akibat dari pelbagai sebab (penyakit dan juga kejadian jenayah).

Pemilik bangunan juga tidak dapat mengemukakan rekod butiran kawalan keselamatan apabila ingin membuat tuntutan insuran ataupun apabila diminta oleh pihak polis jika ada berlaku kes pencerobohan dan kekurangan ini menimbulkan banyak masalah di kemudian hari.

Sistem kawalan GuardExpert Pro (GEP) ini telah digunakan sepenuhnya oleh Bahagian Keselamatan UTM sejak tahun 2018.  Pada tahun 2019 pula sistem ini mula digunakan oleh UMW Holding Berhad (melalui skim penyelidikan kontrak) dan dikomersilkan sepenuhnya pada tahun 2020.

Paparan GEP yang menunjukkan permasalah yang telah diselesaikan oleh peronda keselamatan sewaktu bertugas.
Laporan GEP berkaitan insiden yang berlaku semasa rondaan staf keselamatan di kawasan UTM. Sistem juga memaparan nama pengawal keselamatan bertugas bagi membolehkan penyelia memantau keadaan semasa.
GEP Web Interface
Laporan GEP berkaitan insiden yang berlaku semasa rondaan staf keselamatan di kawasan UTM. Sistem juga memaparan nama pengawal keselamatan bertugas bagi membolehkan penyelia memantau keadaan semasa.
Peranti yang digunakan ketika meronda oleh petugas keselamatan UTM. Peranti ini hendaklah disentuh di setiap ‘point’ rondaan bagi membolehkan sistem merekod butiran rondaan.

Explore More