April 29, 2024

Search
Close this search box.

JKM Kolej Tun Razak anjur Pertandingan Akhir Seni Tulisan Khat Kreatif

JOHOR BAHRU, 13 Ogos – Jawatankuasa Kolej Mahasiswa (JKM) Kolej Tun Razak, Universiti Teknologi Malaysia (UTM) dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB), Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) telah menganjurkan Pertandingan Akhir Seni Tulisan Khat Kreatif.

Pertandingan yang berlangsung di Pentas Utama, Pusat Beli Belah Angsana Mall ini telah menerima penyertaan seramai 236 orang peserta yang  datang dari 11 buah negeri serata Malaysia  tetapi hanya 18 perserta terbaik bertanding di peringkat akhir.

Program ini merupakan salah satu iniasitif Jawatankuasa Kolej Mahasiswa Kolej Tun Razak dengan kerjasama Majlis Bandaraya Johor Bahru dalam memberi peluang kepada golongan remaja untuk mempelajari dan menghasilkan seni tulisan khat yang merupakan salah satu kesenian berunsurkan Islam.

Program ini memberi fokus kepada golongan remaja yang berumur 13 tahun hingga 17 tahun dalam menyemai semangat cintakan seni tulisan khat. Justeru dapat mengekspresikan bakat dan kreativiti menghasilkan karya seni khat.

Majlis Penutupan dan penyampaian hadiah telah disempurnakan oleh Dato’ Haji Mohd Noorazam Dato’ Haji Osman, Datuk Bandar Johor Bahru. Selain MBJB dan DBP, program ini juga turut mendapat sokongan dari Pusat Islam UTM dan juga Jabatan Warisan Negara, Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.

Seorang peserta menulis tulisan khat kreatif dalam Pertandingan Akhir Seni Tulisan Khat Kreatif yang berlangsung di Plaza Angsana, Johor Bahru.
Suasana di Pusat Beli Belah Angsana sewaktu pertandingan sedang berlangsung
Peserta sedang khusyuk menulis tulisan khat kreatif

 

Explore More