Oktober 4, 2024

Search
Close this search box.

KUALA LUMPUR, 31 Jul. – Kelab Gerakan Pengguna Siswa UTM Johor Bahru muncul sebagai Naib Johan Anugerah Penggerak Kepenggunaan (Kategori Gerakan Pengguna Siswa) bagi tahun 2022 sekaligus menjadi Kelab GPS kedua terbaik di negara ini.

Pengumuman tersebut telah diumumkan semasa Majlis Penutup Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 yang berlangsung di Ruang Legar Piazza, Pavillion Bukit Jalil Kuala Lumpur.

Kelab GPS UTM Johor Bahru yang diwakili oleh Penasihat, Presiden dan Barisan Majlis Tertinggi telah menerima hadiah wang tunai bernilai RM3000 berserta trofi yang telah disampaikan oleh YBhg. Datuk Azman bin Mohd Yusof, Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri & Kos Sara Hidup.

Sambutan Hari Pengguna Kebangsaan (HPK) 2023 telah berlangsung selama 3 hari bermula dari 29 – 30 Julai 2023 dan dirasmikan oleh YAB Dato’ Seri Anwar bin Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia.

Sepanjang HPK 2023 tersebut, Kelab GPS UTM Johor Bahru telah menghantar beberapa orang wakil untuk menyertai pelbagai aktiviti yang dianjurkan antaranya Cabaran Troli Pengguna, Consumer Got Talent dan Cabaran Mall Hunt.

Sepanjang tahun 2022, Kelab GPS UTM Johor Bahru telah menganjurkan 10 program di peringkat Institusi/Daerah, 4 program di peringkat negeri dan 2 program di peringkat kebangsaan.

Selain itu, Kelab GPS UTM Johor Bahru aktif menyertai 13 program di pelbagai peringkat yang dianjurkan oleh pihak KPDN.

Explore More