Disember 22, 2024

UTM dan UPGRIS sepakat laksana pembelajaran servis antarabangsa berimpak tinggi

SEMARANG, 17 Jul. – Lawatan Kerja dan Perbincangan Pelaksanaan Pembelajaran Antarabangsa (SULAM) diteruskan bersama Universitas PGRI Semarang (UPGRIS) bertempat di Ruang Seminar UPGRIS.

Delegasi UTM seramai 3 orang diketuai oleh Prof. Ts. Dr. Intan Zaurah Mat Darus, Pengarah CAEL dan disertai oleh Timbalan Pengarah CAEL, Dr. Mahyuddin Arsat serta Pengurus UTM iLeaGue UTM Kuala Lumpur, Puan Nurul Diana Kayat.

Lawatan kerja ini bertujuan untuk membincangkan prosedur SULAM antarabangsa dalam kalangan mahasiswa kedua-dua universiti dan prosedur pelaksanaan libat sama komuniti di Indonesia.

Program ini turut dihadiri oleh Rektor, Wakil Rektor 1 dan 2, Dekan-Dekan Fakulti, Ketua Lembaga Penelitian dan Pengabdian Kepada Masyarakat (LPPM), serta pihak pengurusan International Office.

Penyampaian cenderamata kepada Rektor UPGRIS

Agenda program lawatan dimulakan dengan ucapan pembukaan daripada Pengarah CAEL dan ucapan alu-aluan serta perasmian oleh Dr. Sri Suciati, M.Hum, Rektor UPGRIS. Kerjasama di antara kedua-dua universiti ini telah dimeterai melalui MoU UTM-UPGRIS sejak tahun 2010.

Antara inisiatif yang telah dilaksanakan sebelum ini adalah seperti joint conference dan latihan mengajar. MoU berkenaan juga dilihat perlu dikembangkan melalui beberapa inisiatif yang dirancang seperti pertukaran pelajar melalui program inbound/outbound dan program Kuliah Kerja Nyata (KKN) serta joint research and publication.

Sesi pembentangan SULAM dan KKN
Dialog berkenaan SULAM dan KKN

Pelaksanaan SULAM dan KKN telah disampaikan menerusi pembentangan oleh Pengarah dan Timbalan Pengarah CAEL serta Pak Arisul Ulumuddin, S.Pd., M.Pd., Kepala Pusat Pemberdayaan Masyarakat dan KKN LPPM UPGRIS.

Program diteruskan dengan sesi perbincangan dengan mendapatkan maklum balas daripada setiap Dekan Fakulti yang hadir. Antara perkara yang perlu dilihat bersama adalah tempoh pelaksanaan aktiviti, penempatan pelajar dan kos perbelanjaan program.

Kedua-dua belah pihak bersetuju untuk berkolaborasi di dalam aktiviti SULAM dan KKN yang dijangka diadakan selama 7 hari.

Ia akan melibatkan pertukaran pelajar program Sarjana Muda UTM seramai 10 orang ke Indonesia pada bulan Disember 2023 dan pelajar UPGRIS seramai 10 orang ke Malaysia pada bulan Februari 2024.

Sesi tandatangan Implementation of Agreement (IA)

Sesi lawatan ini berakhir dengan kedua-dua pihak menandatangani dokumen Implementation of Agreement (IA) yang disempurnakan oleh Pengarah CAEL dan Dr. Wiyaka, M.Pd, Ketua Lembaga LPPM serta disaksikan oleh Timbalan Pengarah CAEL dan Dr. Nur Hidayat, Kepala Kantor Urusan Internasional.

Explore More